suria

Sisa sayang tinggal sebagai bapa kepada anak-anak, Shuhada serah soal jodoh kepada takdir

Shuhada tidak akan memisahkan anak-anak dengan Hafidz.

ISTERI kepada Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri memberitahu perasaan sayang terhadap aktor itu hanya bersisa sebagai bapa kepada anak-anak mereka.

Shuhada, 29, berkata, apa pun takdir mereka selepas ini dia tidak akan sesekali memisahkan dua anak mereka iaitu Humairah dan Umar dengan Hafidz malah mahu hubungan anak-beranak itu kekal erat seperti biasa.

"Perasaan sayang itu subjektif, ketika ini sayang saya kepada dia (Hafidz) hanya sebagai seorang bapa kepada anak-anak kami.

"Saya tiada halangan untuk dia bertemu dengan anak-anak. Walaupun kami tidak bersama sekalipun, saya mahu hubungan dengan anak-anak kekal erat. Dia boleh hubungi saya cuma tidak boleh berjumpa," katanya kepada pemberita.

Hafidz Roshdi Kahwin

Shuhada menyerahkan perkahwinannya dengan Hafidz kepada takdir.

Shuhada berkongsi perkara itu ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam selepas prosiding pengesahan lafaz cerai mereka pada Selasa.

Dalam pada itu, Shuhada meletakkan status perkahwinannya dengan Hafidz kepada takdir kerana percaya itu adalah yang terbaik untuknya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V]“Masih sayang? 50-50” - Hafidz Roshdi tak kahwin dua, jauhi Shuhada atas perintah mahkamah

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Shuhada tiada masalah kalau Hafidz Roshdi nak kahwin dua tapi biar betul caranya

"Apa-apa pun saya serah kepada Allah SWT sebabnya apa pun keputusan saya, saya pun tak tahu mana terbaik. Apa Allah sudah takdirkan, itu yang terbaik," ujarnya.

Mengulas mengenai kenyatan maaf kepada Hafidz dan keluarganya, Shuhada memberitahu dia menyerahkan perkara itu kepada peguam.

Perasaan sayang itu subjektif, ketika ini sayang saya kepada dia (Hafidz) hanya sebagai seorang bapa kepada anak-anak kami.

NURUL SHUHADA MAT SHUKRI

Kata Shuhada, dia keliru tentang permohonan maaf tersebut memandangkan keluarganya juga tidak pernah bersuara atau meminta Hafidz memohon maaf berhubung kejadian menimpanya sebelum ini.

"Mengenai surat terbuka, saya tiada niat untuk berbalah. Saya juga sudah serahkan semua bukti kepada peguam.

"Apa yang saya lakukan itu adalah demi maruah saya dan anak-anak sebab tak mahu dipijak-pijak lagi.

maxresdefault

Kemelut rumah tangga pasangan ini masih belum menemui titik noktah.

"Saya pun tak tahu dia nak saya mohon maaf mengenai apa sebab keluarga saya pun tidak bersuara atau minta dia minta maaf mengenai kejadian sebelum ini," katanya.

Pada Selasa, Hakim Syarie Siti Rahmah Hussin menetapkan 9 Mei depan bagi sebutan semula pengesahan lafaz cerai dibuat Hafidz terhadap Shuhada.

Ia susulan Shuhada mendakwa dia pernah diceraikan sebanyak dua kali iaitu kali pertama pada 22 Januari 2023 menerusi WhatsApp dan kali kedua melalui panggilan telefon pada 22 Februari lalu.

553

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 atas dasar cinta.

Peguam mewakili Hafidz, Datuk Akberdin Abdul Kader meminta prosiding itu ditangguhkan bagi membolehkan pihaknya menjawab tuntutan balas berhubung isu lafaz cerai itu.

Kemelut rumah tangga Hafidz mula diperkata ramai apabila Shuhada mendedahkan suaminya ada hubungan dengan wanita lain dikenali sebagai Athira Yuhada.

Athira juga mendedahkan pernah berhubungan dengan pelakon itu, namun berjanji untuk tidak meneruskan hubungan mereka, selain memohon maaf kepada Nurul Shuhada dan anak-anaknya.

Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Humairah, 6 dan Umar, 2 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain