suria

Impian Awal Ashaari buka kafe tercapai, aroma kopi imbau kenangan bercinta dengan Scha Al Yahya

Awal Ashaari bersama air kopi The Great Coffee Club.

PENGACARA Awal Shaari mendedahkan aroma kopi memiliki nilai sentimental tersendiri kepada dirinya apatah lagi ia juga menyatukan ikatannya dengan isteri tercinta, Scha Al Yahya.

Awal atau Ahmad Awaluddin Ashaari, 42, berkata, sebagai penggemar kopi dia juga menyimpan impian untuk membuka sebuah kedai kopi disebabkan kenangan bersama isterinya itu.

Bekas pengacara program Melodi itu berkata, dia tidak menyangka impian tersebut menjadi kenyataan apabila berhasil membuka cawangan pertama The Great Coffee Club di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor.

"Saya dan Scha memang penggemar kopi. Kalau nak ‘throwback’ kisah cinta saya bersama Scha dulu pun, kami selalu ‘dating’ di sebuah kedai kopi di Bangsar.

Air kopi satukan Awal dan Scha.

“Jadi boleh dikatakan kopi ini menyatukan saya dan Scha kerana kami berdua berkongsi air minuman yang sama. Malah setiap kali kami melancong ke luar negara, perkara pertama yang kami akan kunjungi adalah kedai kopi kerana nak rasa kelainan di setiap lokasi.

“Hari ini saya sangat terharu kerana impian yang dah lama saya tunggu akhirnya menjadi kenyataan dan segala proses berjalan dengan pantas,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Awal Ashaari rosakkan pagar rumah ditunda April depan

ARTIKEL BERKAITAN: Bercuti tanpa bawa pembantu, Awal Ashaari belajar erti sabar dan kenal mood anak-anak

Bukan sekadar kedai kopi biasa, Awal juga bercadang untuk menjadikan kedai kopi itu sebagai lokasi program poscast kendaliannya, The Great Coffee Talk.

“Insha Allah perancangannya selepas Aidilfitri ini. Saya nak buat podcast yang akan disiarkan di platform YouTube dan media sosial.

Malah kedai kopi ini juga boleh menjadi lokasi untuk pelajar universiti ‘healing’ atau bersantai.

AWAL ASHAARI

PENGACARA

“Mengikut perancangan awal saya nak jemput individu yang dapat memberikan inspirasi setiap minggu untuk berkongsi kisah hidup dan kejayaan mereka,” katanya lagi.

Berkongsi mengenai pemilihan lokasi, Awal memberitahu bahawa Shah Alam menepati sasaran pasaran seperti pelajar universiti dan lokasinya yang strategik.

Bukan itu sahaja, kedai miliknya itu juga boleh dijadikan tempat istirehat buat pelajar selepas tamat kuliah.

Kedai kopi Awal sesuai untuk tempat bersantai.

“Saya memilih Shah Alam kerana lokasinya yang dekat dengan beberapa buah universiti selain menepati sasaran pasaran.

“Kalau kita lihat tidak banyak kafe atau kedai kopi yang seumpama dengan kedai saya. Jadi sebagai permulaan saya pilih Shah Alam.

“Malah kedai kopi ini juga boleh menjadi lokasi untuk pelajar universiti ‘healing’ atau bersantai. Sebab itulah rekaan kedai kopi ini sangat dekat dengan jiwa muda selain semua orang boleh datang nikmatinya,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain