suria

Syida jawab tak sebulu dengan adik-beradik Melvin, gerak solo hasil produk sendiri

Syida Melvin beranikan diri bergerak solo bukan bergaduh dengan adik beradik.

TIADA angin tiada ribut, pelakon Syida Melvin tiba-tiba muncul dengan produk terbaharu secara solo sehingga ada mendakwa dia dan adik-beradiknya yang lain sudah lagi tidak sebulu dalam dunia perniagaan.

Ini kerana Syida bersama adik-beradik perempuannya iaitu Syatilla, Syifa dan Syafiqa sebelum ini berganding bahu membangunkan produk kosmetik dan mereka dilihat serasi menguruskan perniagaan.

Menjelaskan perkara itu, Syida, 26, berkata, dia memberanikan diri bergerak solo memulakan produk baharu berasaskan minuman iaitu Madani Coffee kerana ingin berdikari dan cuba berjaya dalam perniagaan tanpa bantuan orang lain.

Kata Syida, tindakan itu juga dibuat selepas banyak menimba pengalaman dan ilmu daripada adik-beradiknya sebelum ini.

334755396_529801045895278_6096326211785621625_n

Syida dan adik beradik tidak bergaduh.

"Alhamdulillah, bekerja dengan adik-beradik sebelum ini banyak mengajar saya dalam menguruskan perniagaan. Pengalaman tersebut membuatkan saya yakin menceburi bidang perniagaan baru secara sendiri.

"Tidak mungkinlah kami akan bergaduh hanya kerana saya keluarkan produk lain. Lagipun kami telah berjanji jika sesiapa mahu menceburi perniagaan lain pastikan bukan perniagaan kosmetik.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia pelakon hebat tapi isteri tak boleh tipu” - Syatilla Melvin sudah ‘masak’ sikap Shaheizy Sam, setiap hari doa dijauhkan gangguan pihak ketiga

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Syifa Melvin kongsi kehidupan di Thailand, seronok jadi suri rumah layan suami

"Dari awal lagi ketika baru hendak membangunkan Madani Coffee, merekalah penyokong kuat saya. Tanpa mereka tidak mungkin saya berani untuk mencabar diri melakukan sesuatu yang baharu," katanya.

Dalam pada itu, Syida berkata dia mengusahakan produk minumannya itu bersama suaminya sekali gus ingin membantu orang ramai untuk menjana pendapatan sebagai stokis dan ejen produknya.

Malah produk minumannya itu juga berlainan dengan yang ada di pasaran kerana mengandungi khasiat buat penggemar kopi sekali gus menyasarkan jualan sehingga 100,000 paket Madani Coffee pada tahun pertama.

20998-potret-mimi-bayuh-instagramatmimibayuh

Syida mulakan perniagaan bersama suami.

"Jadi, saya mengalu-alukan sesiapa yang ingin menjana pendapatan boleh menjadi ejen atau stokis kami dengan modal yang sangat rendah.

"Antara kandungan dalam Madani Coffe adalah, habatus sauda, garam himalaya, gula tanpa kalori (sukralosa) ,probiotik , fiber sitrus dan biji kopi premium 100% arabika dan dijual dengan harga RM49 sepeket," kongsinya.

Untuk rekod Syida pernah membintangi drama BFF (Best Friends Forever) dan Rindu Bertamu di Abu Dhabi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain