suria

Amar Asyraf timang cahaya mata ketiga, beri nama Ammara Fateema... “Semoga jadi anak solehah asbab masuk syurga”

Amar menimang cahaya mata perempuan.

PELAKON Amar Asyraf berkongsi berita gembira isterinya dikenali sebagai Farhana Yusof selamat melahirkan anak perempuan mereka pada Sabtu, 25 Mac lalu.

Bersyukur cahaya mata ketiganya itu dilahirkan pada bulan Ramadan, Amar atau Amar Asyraf Zailuddin, 37, berkata dia dan isteri sepakat menamakan anak mereka, Ammara Fateema.

"Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Allah Maha Baik. Untuk pengetahuan rakan-rakan, 25 Mac bersamaan 3 Ramadan lepas, telah lahir anak perempuan saya Ammara Fateema binti Amar Asyraf," katanya.

amar2 - 1

Ammar berkongsi berita gembira menyambut kelahiran cahaya mata perempuan.

Amar berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram pada Isnin.

Dalam perkongsian itu, Amar turut menitipkan doa agar Ammara membesar menjadi anak solehah dan membawanya serta isteri ke syurga kelak.

ARTIKEL BERKAITAN: Akhirnya Amar Asyraf buka mulut dakwaan dah kahwin kali ketiga... Ikut saranan ulama jaga privasi rumah tangga

ARTIKEL BERKAITAN: Kes cerai Amar Asyraf, Vivy Jeffry akhirnya selesai selepas tiga tahun lafaz talak

"Semoga jadi anak yang solehah dan baik, asbab bapa dan mummy masuk syurga insyaAllah.

"Terima kasih mummy (Farhana). Saya sayang awak sangat Lillahitaala," ujarnya.

Untuk rekod, Ammar pernah mendirikan rumah tangga dengan isteri pertamanya iaitu Arna Salleh pada 2013 dan mempunyai dua orang cahaya mata, Muhammad Taufik dan Ammara Dian.

Pada Oktober 2019, Amar membuat pendedahan dia sudah berkahwin kali kedua dengan wanita bernama Vivy Jeffry beberapa tahun sebelum itu.

amar1 - 1

Ammar mendoakan Fateema menjadi anak solehah.

Pada Mei 2022, media tempatan melaporkan lafaz cerai talak tiga yang dibuat Amar pada 4 November 2019 terhadap Vivy di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Bagi perkahwinan ketiganya dengan Farhana, Amar memilih untuk tidak berkongsi maklumat mengenai rumah tangganya itu.

Aktor itu berpegang kepada saranan para ulama yang menegaskan bahawa terdapat tiga perkara tidak boleh dikongsikan kepada umum termasuklah hal keluarga.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain