PELAKON Haidar Hasnudin kesal apabila dituduh berada dalam keadaan mabuk selain enggan bertanggungjawab selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada 15 Mac lalu. Cerita Haidar semasa kejadian kenderaanya terbabas sehingga berlakunya pelanggaran dengan sebuah kenderaan dan bertindak membuat laporan polis sejurus itu. Mengakui kesalahan berpunca dirinya, Haidar bagaimanapun menyangkal tuduhan dia berada dalam keadaan mabuk dan sengaja lepas tangan selepas insiden berkenaan. Kereta Haidar selepas terlibat dalam kemalangan. "Saya akui saya bersalah kerana melanggar dari arah belakang kereta Satria itu. Jadi, saya mohon maaf dan terus ke balai polis untuk buat laporan mengikut lunas undang-undang yang betul. Saya juga meminta pemandu kenderaan berkenaan untuk membuat laporan polis. "Selepas kemalangan, saya juga telah melakukan pemeriksaan di hospital dan pihak doktor mengesahkan saya mengalami retrograde amnesia akibat hentakan kuat beg udara di muka dan kepala saya," katanya kepada mStar. Jelas Haidar, pemandu kenderaan pada awalnya memilih menyelesaikan insiden berkenaan di luar undang-undang kerana tidak memiliki cukai jalan. ARTIKEL BERKAITAN: Nasib baik tidak ‘terkorban’, Haidar Hasanudin nyaris disondol lembu ARTIKEL BERKAITAN: Daiyan Trisha cantik, Haidar Hasanudin gemuruh kena berlakon jadi tunang! "Dia mahu menyelesaikan di luar dan meminta saya membayar ganti rugi. Saya tegaskan saya mahu mengikut cara yang betul... dia tidak berpuas hati dengan saya kerana rupa-rupanya kereta terbabit tiada cukai jalan. "Selepas itu, timbul pula cerita saya memandu dalam keadaan mabuk dan tidak mahu bertanggungjawab. Pihak sana membuat hantaran di laman sosial untuk memfitnah saya. Lebih buruk, dia menghubungi beberapa media dan menyebarkan cerita tidak benar," ujarnya. Dalam pada itu, Haidar memberitahu dia juga mendapat mesej berbentuk ugutan daripada inidvidu berkenaan sehingga terpaksa membuat laporan polis kerana merasakan keselamatannya terancam. Pihak sana juga menghantar mesej berunsur ugutan terhadap saya seperti tahu di mana lokasi saya tinggal dan menggugut keluarga saya. HAIDAR HASANUDIN PELAKON Tambah Haidar, dia turut menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada individu berkenaan memandangkan tuduhan dilemparkan itu memburukkan nama dan juga reputasinya sebagai anak seni. "Pihak sana juga menghantar mesej berunsur ugutan terhadap saya seperti tahu di mana lokasi saya tinggal dan menggugut keluarga saya. Saya hanya mahu menyelesaikan semuanya mengikut prosedur yang betul tetapi lain pula jadinya. "Atas faktor keselamatan, saya membuat laporan polis sekali lagi. Saya juga sudah berbincang dengan pihak peguam saya untuk tindakan selanjutnya atas fitnah yang sudah dilemparkan. Haidar terima ugutan dari lelaki naik kereta Proton Satria. "Sekiranya pihak sana tidak memadam semua hantaran fitnah dan membuat permohonan maaf secara terbuka, saya tidak teragak-agak untuk panjangkan perkara ini dan membuat tindakan undang-undang," katanya lagi. Sebelum ini, Haidar telah berkongsi kenyataan media yang ditulis oleh peguamnya, Muhammad Noor Azfar Noor Azmi dari Shaharudinali Azfarazmi & Co menerusi Instagram bagi membersihkan namanya sekali gus menuntut permohonan maaf dari pihak berkenaan. Untuk rekod, Haidar pernah membintangi beberapa drama bersiri seperti Kampung People musim ketiga, Angah, Tetuan Ang & Rahimin, Buku dan pelbagai lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!