SELEPAS sekian lama menggunakan kereta milik kakaknya, pelakon Wafariena meluahkan rasa syukur apabila berjaya memiliki kenderaan idaman selepas dua kali ditipu ejen jualan kereta palsu. Wafariena atau Wafariena Roslan, 28, berkata, dia menjadi mangsa penipuan disebabkan terpengaruh dengan sebuah iklan jualan kereta yang menerima pelbagai komen positif daripada pembeli namun tidak menyangka ia palsu. "Kejadian kena tipu ini berlaku dua tahun lepas. Masa borak-borak semuanya okey, tapi apabila sudah serahkan duit sebanyak RM2,500 untuk uruskan dokumen ejen tiba-tiba menghilangkan diri. "Begitu juga kali kedua, saya rugi RM2,500 lagi walaupun pada awalnya mereka meminta RM10,000. Wafariena syukur dapat kereta idaman pada bulan Ramadan. "Saya tertipu dengan iklan jualan kereta, masa baca komen semuanya yang baik-baik sahaja. Saya ada cuba hubungi mereka selepas ditipu tapi saya dah kena sekat jadi terpaksalah berlapang dada. Mungkin bukan rezeki saya," katanya kepada mStar. Kata Wafariena, kereta jenis Honda Civic RS bernilai hampir RM170,000 itu berjaya dimiliki selepas tiga bulan menunggu sekali gus menganggap ia sebagai rezeki Ramadan pada tahun ini. ARTIKEL BERKAITAN: Pengarah tuduh babak aksi atas kerelaan, Wafariena lapor polis isu cedera di set penggambaran ARTIKEL BERKAITAN: Sudah minta kebenaran sebelum kongsi foto berdua, Iqbal terkilan tiba-tiba Wafariena tuduh sengaja cari publisiti murahan Malah Wafariena juga teruja apabila bakal memandu kereta berkenaan ke Ipoh untuk menghadiri majlis berbuka puasa bersama keluarga di sana. "Pinjaman kereta saya diluluskan pada pukul 12 tengah malam semasa malam tahun baharu lalu dan saya rasa itu permulaan baru untuk saya. Insya Allah kalau ada rezeki saya nak beli kereta untuk keluarga pula. WAFARIENA ROSLAN PELAKON "Selepas tiga bulan menunggu, kereta pertama atas nama sendiri ini dapat ditangan pada Ramadan keenam," katanya lagi. Dalam pada itu, Wafariena turut menyimpan hasrat untuk membeli lagi sebuah kereta untuk keluarganya bagi memudahkan pergerakkan mereka kelak. Wafariena belajar dari pengalaman ditipu ejen jualan kereta. Pengalaman lalu katanya membuatkan dia lebih berhati-hti dan menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan komen-komen positif di media sosial. "Insya Allah kalau ada rezeki saya nak beli kereta untuk keluarga pula... walaupun sudah ada, cuma mahu cari yang lebih selesa. "Mengambil pelajaran dengan apa yang pernah berlaku sebelum ini, saya harap orang di luar sana juga tak mudah terpedaya dengan taktik ejen palsu," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!