suria

Panggilan video jadi perhatian, netizen syak cinta Little Miss Khan dan aktor Indonesia Jefri Nichol kembali terjalin

Netizen tertanya-tanya hubungan sebenar Ameera Khan dan Jefri Nichol.

NAMA personaliti media sosial Ameera Khan atau lebih mesra dengan panggilan Little Miss Khan menjadi bualan hangat apabila dikatakan kembali menjalinkan hubungan dengan aktor kacak dari Indonesia iaitu Jefri Nichol.

Spekulasi itu tercetus apabila rakannya yang juga personaliti media sosial, Rosix Omar mendedahkan adik kepada selebriti Neelofa itu sedang membuat panggilan video dengan Jefri.

Menerusi video yang dimuat naik rosix, Ameera dilihat melambai mesra sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada aktor berkenaan selepas memaklumkan akan menghubunginya semula apabila dia pulang ke rumah.

Lebih menarik perhatian, video tersebut turut memperdengarkan gelak ketawa Rosic seolah-olah mengetahui hubungan yang terjalin di antara Ameera dan Jefri.

293012434_5197292193659696_2189935922795805266_n

Ameera dan Jefri berhubung melalui panggilan video.

"Lesssgoo (let's go) Indonesia," tulis Rosic di ruang kapsyen video tersebut di TikTok.

Walaupun tempoh panggilan video yang dipaparkan singkat namun peminat mula mempersoalkan hubungan mereka malah ada yang mendakwa Ameera dan Jefri sedang bercinta.

ARTIKEL BERKAITAN: Baju rona kulit melekap di badan buat ramai terbungkam, netizen doa Little Miss Khan kembali pada fitrah

ARTIKEL BERKAITAN: Ameera Khan bakal dikenakan tindakan gara-gara rakam dan ‘post’ sedutan filem House Of Gucci

Tidak hanya itu, netizen juga mendakwa pasangan berkenaan sekadar rakan biasa memandangkan Jefri sudah mempunyai teman wanita.

"Rosix selalu jadi tukang kantoi, mesti ramai boleh agak hubungan Ameera dengan Jefri kan.

"Ingatkan dia orang dah berpisah sebab hari itukan Ameera pergi healing.

326447410_1904179083270281_1358807651765841236_n

Netizen tertanya-tanya status hubungan Ameera dan Jefri.

"Bukan Jefri ini dah ada teman wanita ke? Tapi mesti mak Ameera tak bagi punya yang ini," antara komen netizen.

Sebelum ini, Ameera dan Jefri dikhabarkan sedang bercinta apabila meninggalkan komen yang menyatakan bahawa aktor tersebut merupakan lelaki kegemarannya.

Bagaimanapun, hubungan tersebut didakwa putus dipertengahan jalan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain