KEHIDUPAN sebagai anak seni sering dikaitkan dengan populariti dan kemewahan meskipun realitinya ia jauh daripada apa dibayangkan kerana seorang artis itu juga manusia biasa yang ada ketikanya terpaksa mengharungi kepayahan dalam hidup mereka. Begitu juga dengan kumpulan Sweet Child yang pernah popular pada era 1990-an, kejayaan dikecapi mereka juga datang dengan 1,001 cabaran yang ada di antaranya cukup sukar ditelan demi menghiburkan peminat. Vokalisnya Acong atau Ahmad Fauzi Manat, 50, berkata, kejadian mereka ditipu penganjur bukan perkara baharu dalam rencah karier mereka namun kerana minat terhadap dunia nyanyian membuatkan mereka tidak pernah serik meskipun diperalat pihak tidak bertanggungjawab. Paling diingati kata Acong apabila mereka ditipu sehingga terpaksa menanggung hutang ketika mengadakan persembahan di sebuah funfair sekitar 20 tahun lalu di Port Dickson, Negeri Sembilan. Kumpulan Sweet Child pernah ditipu penganjur. Acong berkata, bayaran diberikan penganjur tidak seperti dijanjikan menyebabkan kelima-lima anggota Sweet Child pulang dengan pendapatan RM20 seorang. "Banyak kenangan pahit zaman, paling saya ingati adalah ketika kami buaat persembahan di funfair, dapat bayaran tapi tak cukup nak bayar sewa van sampai terpaksa guna duit sendiri. ARTIKEL BERKAITAN: Mengadu sakit kepala... Acong masuk hospital kerana tekanan darah tinggi ARTIKEL BERKAITAN: Acong (Sweet Child) Guna Wang Sendiri Terbitkan Lagu "Masa itu sewa van sehari RM60, kalau pergi jauh ke Port Dickson memang selepas persembahan kami terus balik sebab kalau bermalam kos menyewa kenderaan jadi RM120. "Bayaran ada dapat tapi bila dibahagi dengan limat anggota, dapatlah kami seorang RM20. Ada juga kami pergi persembahan sampai terpaksa hutang dengan penganjur," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, imbau Acong berkata, penganjur juga pernah melarikan diri membawa wang kutipan persembahan yang sepatutnya menjadi milik mereka. Itu belum penganjur lari, kita tengah menyanyi dia lambai-lambai dari bawah pentas. ACONG PENYANYI "Itu belum penganjur lari, kita tengah menyanyi dia lambai-lambai dari bawah pentas sampai hujung-hujung hilang. Bila dah habis nyanyi nak minta bayaran cari budak itu dah tak jumpa dah. "Telefon tak angkat, rupanya nyanyi masa lambai-lambai itu dia nak larikan diri. Macam-macam sebenarnya," ujarnya. Walaupun berdepan dengan pelbagai dugaan pada ketika itu namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus menjadi seorang penghibur yang terus diingati peminat.. Kumpulan Sweet Child tak simpan dendam. Malah Acong juga memberitahu sehingga kini dia juga tidak menyimpan sebarang dendam terhadap individu tersebut. "Saya pun dah tak tahu dekat mana dia orang, saya dah tak berjumpa dengan dia walaupun dah lama dalam industri ini," kongsinya. Untuk rekod, kumpul Sweet Child yang terdiri daripada Ijan (pemain gitar bass), Pat (pemain dram) dan Yem (pemain papan nada) masih lagi aktif sehingga hari ini Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!