suria

Ziana Zain sudah maafkan Armin, tak akan sesekali putuskan hubungan bapa dan anak-anak

Ziana pastikan hubungan anak-anak dan bekas suami sentiasa baik.

PENYANYI Ziana Zain tidak pernah memutuskan hubungan empat anaknya dengan bekas suami, Armin Zaharin meskipun mereka sudah bercerai sejak lima tahun lalu.

Ziana atau Siti Roziana Zain, 55, berkata, apa berlaku di antara mereka adalah kisah lama dan tidak perlu melibatkan anak-anak malah sering mengingatkan mereka agar sering menghubungi bapa mereka.

"Saya selalu ingatkan anak-anak supaya hubungi bapa mereka. Kalau sudah lama tidak berjumpa pun, saya akan bertanya. Berdosa kalau kita putuskan hubungan mereka.

ziana zain 2

Ziana akan sentiasa pastikan anak-anak menghubungi bapa mereka.

"Apa yang berlaku adalah kisah lama antara kami. Saya tak mahu anak-anak derhaka kepada ibu bapa mereka. Jadi janganlah cakap buruk fasal bapa mereka kepada anak-anak," katanya kepada mStar.

Ziana ditemui ketika majlis berbuka puasa anjuran pereka fesyen Rizman Ruzaini yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Jumaat.

Tambah penyanyi lagu Madah Berhelah ini, dia juga sudah lama memaafkan bekas suaminya itu atas kemelut rumah tangga yang pernah berlaku sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Lagu viral lagi senang main di radio... Ziana Zain bersuara kewujudan penyanyi ‘tangkap muat’ dari media sosial

ARTIKEL BERKAITAN: Ziana Zain tak berani tutup pintu hati, takut ada jodoh di masa hadapan

Kata Ziana, hatinya lebih tenang jika berbuat demikian daripada terus menyimpan dendam terhadap Armin.

"Dari dulu lagi saya sudah maafkan. Kalau tak maafkan kita akan bawa beban itu sampai akhirat. Saya mahu hati dan fikiran rasa lapang.

"Dalam hidup ini kita tak boleh nak hidup dengan kenangan lama. Kita kenalah move forward. Kalau asyik ingatkan kisah lama kita akan menyimpan dendam," jelasnya.

Kalau tak maafkan kita akan bawa beban itu sampai akhirat. Saya mahu hati dan fikiran rasa lapang

ZIANA ZAIN

PENYANYI

Tambah Ziana, dugaan yang dilalui oleh setiap orang adalah berbeza dan dia reda dengan ketentuan hidup apabila bercerai selepas 20 tahun mendirikan rumah tangga.

Mengulas tentang isu perceraian dalam kalangan artis yang hangat diperkatakan sekarang, Ziana berkata akan ada kebaikan dalam setiap ujian hidup manusia.

"Saya doakan semua orang yang berdepan dengan ujian ini dipermudahkan. Percayalah dalam setiap ujian akan ada nikmat menanti,"jelasnya.

ziana zain 3

Ziana percaya dalam setiap ujian rumah tangga ada nikmat besar menanti.

Untuk rekod Ziana dan Armin bernikah pada 9 Mei 1998 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Muhammad Aiman, 23, dan Muhammad Ammar, 19, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 15.

Pasangan itu sah bercerai talak satu pada Julai 2018.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain