suria

Cinta Amelia Henderson kembali ditawan, kali ini Aedy Ashraf serius jalin hubungan

Hubungan Aedy dan Amelia kembali baik.

TEKA-TEKI mengenai hubungan pelakon Aedy Ashraf dan Amelia Henderson terjawab apabila pasangan itu sudah kembali menjalinkan hubungan cinta.

Aedy atau Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, 30, berkata, dia selesa berkawan dengan Amelia dan berharap hubungan mereka akan lebih serius berbanding sebelum ini.

"Amelia sangat baik, kami pun rapat dan sudah kenal lebih daripada dua tahun. Saya tak tahu dia, tapi saya sangat serius mengenai hubungan ini.

aedy 2

Aedy sebelum ini membuat kejutan melamar Amelia.

"Sebelum ini pun kami pernah jadi teman istimewa dan senang cerita, kami kembali bersamalah," katanya kepada mStar.

Aedy dan Amelia ditemui ketika hadir bersama di majlis berbuka puasa anjuran pereka fesyen Rizman Ruzaini di Kuala Lumpur pada malam Jumaat.

Bercakap lanjut mengenai hubungan yang kembali terjalin, Aedy bagaimanapun tidak mahu peminat terus meletakkan harapan kerana bimbang ia tidak menjadi seperti diharapkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas melamar atas pentas depan peminat, Aedy Ashraf tutup mulut kisah cinta dengan Amelia Henderson

ARTIKEL BERKAITAN: Aedy Ashraf dikaitkan individu menari, peluk perempuan di kelab malam

"Tak salah pun untuk mereka (peminat) berharap dan kalau tak jadi, jangan sedih. Kami buat yang terbaiklah untuk diri masing-masing," ujarnya.

Tahun lalu, Aedy membuat kejutan melamar Amelia secara terbuka menjadi kekasihnya di sebuah acara di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun hubungan tersebut tidak bertahan lama apabila Aedy sendiri membuat hantaran seperti patah hati di laman sosial miliknya.

Sebelum ini pun kami pernah jadi teman istimewa dan senang cerita, kami kembali bersamalah

AEDY ASHRAF

PELAKON

Sementara itu bagi Amelia atau Amelia Thripura Henderson, 27, menyifatkan Aedy seorang lelaki yang sering ada di sisinya tidak kira dalam apa jua keadaan.

Tambah pelakon filem Pulau ini, dia berharap hubungan mereka akan terus kekal selamanya.

"Saya memang sentiasa akan menjadi peminat Aedy.

amelia 1

Amelia juga selesa rapat dengan Aedy.

"Saya harap walau apa pun berlaku, kami akan terus kekalkan hubungan baik buat selamanya. Dia sentiasa ada untuk saya. Itu pun sudah cukup buat saya," jelasnya.

Aedy dan Amelia dikatakan mula rapat selepas sama-sama terlibat dalam drama berjudul Kisah Cinta Kita yang ditayangkan pada hujung tahun 2021.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain