PERSONALITI media sosial Ryan Bakery sedar akan ada kritikan dan rasa kurang senang sesetengah pihak apabila dia mencuba bidang nyanyian. Serius bergelar penyanyi, Ryan atau Muhammad Ryan Fahmi Bakery, 28, berkata, kehadirannya hanya sekadar mahu mewarnai industri seni dan berharap dapat diterima baik orang ramai. “Kalau ada peminat atau penyanyi sendiri yang kurang senang, itu terpulang kepada mereka. Saya tampil dengan lagu baharu untuk mewarnai lagi industri seni ini. Ryan dan Andi berkolaborasi dalam lagu raya terbaharu. “Apa salahnya untuk saya tunjukkan bakat? Bukannya saya jadi penyanyi untuk jahanamkan industri. “Sejak awal bergelar content creator lagi sudah banyak kecaman saya dapat. Kalau komen negatif saya tolak tepi, jika ada yang baik saya akan ambil untuk perbaiki diri,” katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ryan Bakery kongsi kisah selepas dibuang kerja, rupanya isteri bagi modal buat video... “Walaupun belum kahwin dia sanggup keluar duit” ARTIKEL BERKAITAN: Ditipu ratusan ribu ringgit buatkan Ryan Bakery serik jawab panggilan, susah percaya orang... “Dah banyak kali kena” Ryan ditemui ketika pelancaran lagu terbaharu berjudul Raya Last Minit yang merupakan kolaborasi dengan penyanyi Andi Bernadee. Tambah Ryan meskipun tidak mempunyai asas dalam dunia muzik, namun minat dan bakat yang ada dalam diri membuatkan dia yakin meluaskan lagi kerjaya dalam bidang seni. Apa salahnya untuk saya tunjukkan bakat? Bukannya saya jadi penyanyi untuk jahanamkan industri. RYAN BAKERY PERSONALITI MEDIA SOSIAL “Memanglah saya tidak pernah pergi kelas vokal sebelum ini, tapi saya sering menyanyi dan seorang ‘kaki karaoke’. Jadi untuk menyanyi itu tidak ada masalah besar. “Ketika menyanyi dalam program televisyen sebelum ini pun ada yang katakan saya boleh ke arah itu. Dari situ timbul keyakinan untuk mencuba,” ujarnya. Dalam masa sama Ryan juga memberitahu dia tidak melalui jalan mudah untuk nama mudah diterima dalam industri seni selepas kandungan media sosial yang dibuat popular. Ryan terbuka menerima pelbagai cabaran dalam dunia seni. Terbuka mencuba pelbagai bidang lain, Ryan menyerahkan semuanya kepada rezeki dan kepercayaan orang untuk diberi lebih banyak peluang termasuk berlakon. “Untuk saya sampai ke tahap seperti sekarang ini bukan mudah. Biarlah apa orang nak cakap apa sekalipun, yang penting saya kena cari duit nak beri makan keluarga. “Kalau ada produksi yang percaya untuk saya berlakon atau mana-mana syarikat rakaman nak saya rakam lagu, mungkin boleh cuba. Saya terbuka menerima cabaran baru. Selagi mampu saya buat,” jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!