PELAKON dan penerbit Erma Fatima meluahkan hasrat untuk bekerjasama dengan selebriti sensasi dari Indonesia iaitu Rina Rose dalam musim terbaharu drama bersiri Mak Cun. Erma atau Fatimah Rahmad Ali, 55, berkata, selain Bain Wong dia juga sedang berusaha mendapatkan pelawak, penyanyi dan pengacara tersebut dalam musim ketujuh drama bersiri berkenaan. "Sepatutnya kami akan tampilkan Baim Wong tapi buat masa sekarang kami masih lagi berbincang mengenai jadual kerjanya dan tarikh yang sesuai. "Tapi, sebenarnya, saya mahukan Rina Nose untuk terlibat sama dalam musim ketujuh Mak Cun ini. Tapi buat masa sekarang, kami masih lagi sedang usahakan," katanya kepada mStar. Erma Fatimah rancang libatkan pelakon luar di Mak Cun musim ketujuh. Erma berkongsi perkara itu ketika ditemui di Majlis Malam Kasih Ramadan Shopee X Yayasan Seni Karya Prihatin Malaysia di Kuala Lumpur pada Ahad lalu. Kata Erma, dia mula berminat dengan Rina selepas melihat beberapa aksi spontan yang kelakar selebriti itu di paltform TikTok. Erma bagaimanapun meluahkan rasa terkilan apabila bakat seperti ditonjolkan Rina masih belum ditemui di Malaysia. ARTIKEL BERKAITAN: Erma Fatima tak mahu jadi syaitan bertopengkan manusia, ambil tanggungjawab kontroversi melanda ‘Perempuan Itu’ ARTIKEL BERKAITAN: “Tiada malaikat atau syaitan”... Erma Fatima tanya Zul Ariffin ‘siapa suruh muat naik video itu?’ "Saya sangat sukakan Rina Nose kerana bakatnya yang luar biasa. Saya memang cepat jatuh cinta kepada orang yang berbakat sepertinya. "Memang kerap juga saya tonton video-video lucunya di TikTok. Setiap kali menonton, saya macam, Ya Allah, Rina ini memang berbakat sungguh! "Kita tak ada orang begitu di Malaysia yang ada pelbagai bakat. Bukan sekadar lawak, menyanyi pun sedap," luahnya. Dalam perkembangan lain, Erma berkerjasama dengan Shoppe untuk meraikan 130 orang anak yatim dan warga emas bagi meraikan kedatangan Ramadan tahun ini. Erma Fatimah bersama warga emas Rumah Seri Kenangan. Menurut Erma, majlis berbuka puasa itu merupakan acara tahunan yang dilakukan oleh yayasannya untuk berkongsi rezeki bersama golongan yang kurang berkemampuan. "Acara ini adalah aktiviti tahuan kita. Kita memang akan panggil anak-anak yatim dari luar Kuala Lumpur. Kali ini, kami bawa dari Pertubuhan Kebajikan NurKasih (Taiping), Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Harapan (Melaka), dan Pertubuhan Kebajikan Anak Kesayangan (Pulau Pinang) serta Rumah Seri Kenangan (Cheras). "Ada diantara mereka yang tidak pernah berkesempatan untuk merayakan Ramadan dan Syawal secara besar-besaran jadi melalui acara seperti ini mereka dapat berkumpul dan meraikan bulan mula dengan senyuman," kongsinya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!