KES penceraian melibatkan rakan artis yang kerap dilaporkan kebelakangan ini membuatkan pelawak Nabil Ahmad lebih memberikan perhatian terhadap isterinya, Nazirah Ayub. Nabil, 39, berkata kes rumah tangga yang menjadi bualan pada ketika ini membuka matanya untuk menjadi seorang suami dan bapa yang lebih bertanggungjawab. Bukan itu sahaja, dia juga kini lebih rajin membantu melakukan kerja-kerja rumah yang pastinya membuatkan isterinya senang melihat perubahan itu. Nabil bersyukur dikurniakan isteri yang penyabar. "Saya syukur isteri saya ditahap bersabar. Saya pula ambil iktibar dan muhasabah diri... mencari tanggungjawab yang saya belum laksanakan dan kekurangan dalam keluarga yang saya tak buat. "Selama ini saya ingat tugas saya cari nafkah dan berlagak 'raja' tapi sekarang saya macam terlebih beri perhatian kepada isteri saya... dia gembira dengan perubahan saya," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: “Itu soalan bodoh” - Mas Idayu tempelak Nabil Ahmad, tak suka cadangan suruh sertai pertandingan nyanyian ARTIKEL BERKAITAN: Tiga ciuman Nabil Ahmad buat Ramli MS, dikejutkan dengan kek hari jadi di pentas GV9 Nabil berkongsi perkara itu ketika ditemui pembukaan Jakel Shah Alam pada pagi Rabu. Dalam pada itu, Nabil juga bersyukur apabila isterinya banyak bersabar dengan kerenahnya selain menerima kekurangan sepanjang berkahwin. Saya syukur isteri saya ditahap bersabar. Saya pula ambil iktibar dan muhasabah diri. NABIL AHMAD PELAWAK Kata Nabil lagi, dia juga pernah diganggu penyondol yang datang mencuba nasib untuk mendekati dirinya melalui media sosial namun kini semuanya dikawal oleh isterinya. "Antara saya dengan dia, isteri saya yang banyak bersabar, terima kekurangan dan menasihati saya. "Mesej (cubaan penyondol) biasa, nasib baik bukan saya yang uruskan. Dia bagi saya TikTok pun sebab boleh buat duit. Tapi saya tak tahu keadaan DM macam mana kerana dia yang jaga. Masa saya pegang memang ada ujian-ujian datang nasib baik tak layan," katanya lagi. Mengulas lanjut mengenai perkara itu, bapa kepada tiga orang cahaya mata ini juga berpendapat bahawa kes penceraian kini diibaratkan sebagai satu trend yang semakin berleluasa. Dia sebagai bapa bagaimanapun bimbang sekiranya perkara itu memberi kesan kepada mental anak-anak pasangan berkenaan. Keluarga bahagia, Nabil bersama isteri dan anak-anak. “Sekarang ini macam dah jadi satu trend... boleh rupanya tuntut ini dan itu. Tapi sekarang ini lebih banyak kepada pentingkan diri sebab kita ada anak-anak dan kita tak boleh fikir masa depan anak-anak sendiri. Penderaan mental mereka macam mana,” ujarnya. Untuk rekod, Nabil dan Nazirah telah mendirikan rumah tangga pada 2011. Pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Naira Mikayla, Layla Medyna dan Mishall Imani. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!