BIARPUN kemelut rumah tangga Syamsul Yusof dan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana masih berlarutan namun pengarah tersebut memberitahu hubungannya dengan anak-anak masih kekal baik. Syamsul atau Mohd Syamsul Mohd Yusof, 39, berkata, Puteri Sarah memberikan kerjasama baik untuknya berjumpa dengan dua anak mereka iaitu Syaikhul Islam, 6 dan Sumayyah, 5 tahun. “Alhamdulillah, saya jumpa anak-anak saya. Sarah pun beri kerjasama yang baik biarpun dia memfailkan hak penjagaan. “Selama ini pun biarpun kami ada masalah, saya dan Sarah bersikap profesional mengenai anak, masing-masing beri kerjasama,” katanya kepada pemberita. Syamsul masih menjalankan tanggungjawab sebagai bapa seperti biasa. Syamsul hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Selasa bagi sebutan kes nusyuz terhadap Puteri Sarah. Kes tersebut bagaimanapun ditangguhkan pada 8 Mei ini susulan Puteri Sarah yang tidak dapat hadir ke mahkamah kerana berada di luar negara. Syamsul pada Rabu turut memuat naik gambar bersama anak-anaknya di Instagram miliknya. ARTIKEL BERKAITAN: Syamsul tak mahu sakiti lagi perasaan Puteri Sarah, reda sebarang ketentuan rumah tangga ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Sarah tak hadir sebutan kes nusyuz, Syamsul jaga lisan isu rumah tangga Dalam pada itu, ditanya mengenai sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama anak-anak, Syamsul bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai hal tersebut. Ini termasuk berhubung sama ada dia sudah bertemu kedua ibu bapanya iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail selepas didakwa sudah lama tidak pulang ke rumah bertemu mereka. “Raya di mana tak perlulah saya beritahu. Selama ini pun saya banyak kali jumpa anak tapi tidak kongsi di sosial media. Itu hal peribadi. “Saya enggan komen soal jumpa ibu bapa atau tidak. Bagi saya hal berkaitan keluarga tak perlu kongsi,” ujarnya. Syamsul dan Puteri Sarah bersama dua anak mereka. Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah bernikah pada 8 Mac 2014. Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, bagaimanapun memfailkan cerai terhadap Syamsul pada 12 Januari lalu selepas lebih empat tahun rumah tangga mereka bermasalah. Bagaimanapun kes mereka masih berlarutan kerana Syamsul enggan melafazkan cerai dan keputusan Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) bakal dibaca pada Isnin nanti. Kemelut rumah tangga mereka juga semakin hangat diperkatakan apabila Syamsul mengaku sudah berkahwin dua dengan Ira Kazar pada 6 Januari. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!