suria

Berat badan turun 10 kilogram, peminat bimbang tengok wajah cengkung Fasha Sandha

Ramai bimbang dengan penurunan berat badan Fasha yang ketara.

PEMINAT Fasha Sandha meluahkan rasa bimbang terhadap perubahan mendadak fizikal aktres berkaliber itu yang dilihat semakin kurus dan wajahnya kelihatan cengkung.

Malah menerusi foto yang diambil bersama suami, Aidil Aziz membuatkan peminat hampir tidak mengenali wajah Fasha yang kelihatan berbeza dan tidak seperti dirinya.

Kebimbangan itu diluahkan kerana merasakan ada sesuatu tidak kena dengan Fasha malah ramai berharap pelakon itu tidak lagi cuba menurunkan berat badannya.

Fasha Aidil

Fasha memberitahu dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10 kilogram.

Pun begitu ada juga yang mengutuk perubahan drastik Fasha dengan mengatakan dia kelihatan tua berbanding usia sebenarnya meskipun berjaya mengurangkan berat badan.

Tidak mudah melatah dengan cakap-cakap netizen, Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 39, menjawab tuduhan dan kebimbangan peminat dan netizen dengan baik.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Perut bulat disangka hamil, Fasha Sandha sedih jadi mangsa 'body shaming'... Doa dikurniakan anak lelaki

ARTIKEL BERKAITAN: 'Cool' jer Fasha Sandha jawab netizen kata lebih cantik masa dengan bekas suami..."Zaman 20-an tak sama dengan 30-an"

Kata Fasha, dia sendiri tidak menafikan dia sudah berusia dan ia perkara biasa yang perlu dilalui oleh setiap manusia.

"Masa badan saya berisi orang kata saya mengandung, saya malu dan badan rasa berat. Sekarang saya rasa okey lepas berjaya turunkan 10 kilogram, Alhamdulillah.

"Saya memang dah berumur, tak boleh buat apa. Saya sudah berusia 39 tahun... takkan nak jadi 29 tahun balik?," katanya.

fs2 - 1

Fasha tidak melatah dengan komen netizen.

Bagaimanapun Fasha menegaskan kesihatannya berada dalam keadaan baik dan minta peminat tidak bimbang selain berterima kasih kerana ramai mengambil berat tentang dia.

"Alhamdulillah awak, saya sihat jangan risau okay. Terima kasih kerana ambil berat," ujarnya.

Sebelum ini Fasha pernah meluahkan rasa sedih apabila ada menyangka dia sedang hamil ekoran berat badannya yang meningkat.

WhatsApp Image 2023-04-15 at 2.08.14 PM

Antara komen-komen netizen.

Disebabkan kritikan itu, Fasha berkata, dia menjaga pemakanan dan bersenam kerana tidak mahu orang lain melemparkan kata-kata tidak baik kepadanya.

"Saya tak mengandung pun, hanya bulat sikit masa itu. Waktu itu pun baru lepas makan, jadi nampak macam perut buncit.

"Memang sedih bila orang body shaming saya tapi itu pemangkin semangat untuk kurangkan berat badan," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain