suria

Netizen puji ‘Wajah Kekasih’ versi Inul Daratista penuh emosi, Siti Nurhaliza tak dapat tahan air mata

TokTi tahan sebak semasa Inul sedang menyanyi lagu Wajah Kekasih.

PENYANYI Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak dapat menahan air mata apabila mendengar selebriti sensasi Indonesia Inul Daratista mendendangkan lagunya berjudul Wajah Kekasih menerusi program istimewa Hari Raya Aidilfitri di negara berkenaan yang disiarkan pada Jumaat.

Menerusi sedutan video persembahan berkenaan, Siti atau lebih mesra dengan panggilan TokTi dilihat beberapa kali mengusap air matanya ketika Inul menyanyikan lagu berkenaan dengan penuh perasaan.

Siti malah begitu menghayati setiap lirik yang dinyanyikan Inul sehingga dilihat beberapa kali mengesat air matanya daripada jatuh ke pipi.

Penyanyi tersohor itu berkata, dia sentiasa mengambil tahu perkembangan penyanyi dangdut terkenal Indonesia itu dan tidak menyangka Inul berjaya menyanyikan lagu tersebut dengan baik.

339539603_733152895173425_6238370041518843124_n

TokTi sebak dengar Inul menyanyi.

"Saya juga mengikuti perkembangan hidup Inul, bagaimana dia berusaha daripada biasa sampai ke jutawan sekarang ini.

"Saya tak sangka Inul boleh menyanyikan lagu saya tanpa saya tahu," katanya di dalam rancangan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Rileks! Siti Nurhaliza hanya bergurau... gelaran ‘Penyanyi Nombor 1 Negara’ tak kekal, syukur masih dihargai peminat

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat saling berbalah, Aina Abdul segan dengan Siti Nurhaliza... Pesan pihak cuba melaga-lagakan bertaubat

Siti sebelum itu memberitahu di Instagram dia sempat ke Jakarta, Indonesia bagi merakamkan program Road to Kilau Raya 2023 Ungu X Siti Nurhaliza di MNCTV.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji akan kemerduan suara Inul dan tidak menyangka penyanyi dangdut itu mampu menyanyikan lagu genre lain dengan baik.

Netizen memberitah meskipun vokal Inul tidak setanding Siti namun ia disampaikan dengan emosi tersendiri yang menjadikan ia istimewa.

"Boleh tahan juga Inul nyanyi lagu ini, macam ada vibe Dayang Nurfaizah.

"Merendah diri betul TokTi ini, orang menyanyi lagu dia pun dia sedih," antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain