suria

“Mental saya dah cukup koyak” - Zulin Aziz enggan buka pekung, kisah cerai bukan gimik

Zulin mohon diberi ruang dan tidak mahu memberi komen tentang perpisahan dengan suami.

PELAKON dan pengacara Zulin Aziz tidak akan membuka mulut mengenai punca perpisahannya dengan suami, Farhan Norzaini kepada umum.

Zulin atau Farah Azleenda Abdul Aziz, 34, berkata, dia lebih selesa menyimpan segala kemelut rumah tangganya dan cukup hanya dia dan Farhan mengetahui apa sebenarnya berlaku dalam perkahwinannya.

Susulan itu, Zulin juga berharap orang ramai dapat menghormati privasi mereka berdua buat masa ini dan menganggap apa yang berlaku sebagai dugaan.

zulin aziz 2

Zulin mengumumkan sudah dengan suami.

"Saya mohon maaf jika tak dapat memberi apa-apa penjelasan. Cukup itu sahaja. Biarlah hanya kami yang tahu dan biar sampai bila-bila hanya kami yang tahu.

"Mungkin ini ujian buat kami. Harap semua dapat menghormati permintaan saya," katanya.

Zulin menulis perkara tersebut menerusi satu hantaran di Instastory miliknya pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Zulin Aziz beri bayangan sudah cerai selepas setahun kahwin

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya teringin jadi ibu” - Zulin Aziz minta netizen henti tanya tentang anak, bagi ruang ‘honeymoon’

Dalam pada itu, Zulin menepis dakwaan kononnya dia sengaja menjual cerita rumah tangga demi meraih perhatian atau bertujuan mempromosikan produk.

"Saya tiada lagu nak keluar, tiada produk nak launch. Hal macam ini orang gila sahaja buat gurauan.

"Mental saya dah cukup koyak, jangan ditambah lagi," jelasnya.

Mungkin ini ujian buat kami. Harap semua dapat menghormati permintaan saya

ZULIN AZIZ

PELAKON/PENGACARA

Dalam pada itu, Zulin memberitahu ketika ini dia bersama keluarga dan masih dalam proses memulihkan diri.

"Saya bersama keluarga sekarang. Beri saya ruang dan waktu untuk healing.

"Permulaan yang sangat indah. Saya berharap ia berakhir dengan baik," jelasnya.

zulin aziz 4

Zulin dan suami baru sahaja menyambut ulang tahun pertama perkahwinan pada Februari.

Pada pagi Isnin, Zulin membuat kejutan apabila memaklumkan dia dan Farhan memilih jalan berpisah selepas setahun mendirikan rumah tangga disebabkan tiada lagi persefahaman di antara mereka.

"Mungkin sampai sini sahaja kisah kami. Tiada persefahaman.

"Semoga yang baik-baik untuk masa akan datang, Insya Allah masa merawat semuanya. Terima kasih untuk semuanya. Jaga diri," ujarnya.

Untuk rekod Zulin dan Farhan mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2022.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain