suria

Zulin Aziz beri bayangan sudah cerai selepas setahun kahwin

Zulin berkongsi berita tiada lagi persefahaman bersama suami.

BARU setahun mendirikan rumah tangga, pelakon dan pengacara Zulin Aziz memberi bayangan seolah-olah sudah bercerai dengan suaminya Farhan Norzaini.

Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Zulin atau Farah Azleenda Abdul Aziz, 34, memberitahu tiada lagi persefahaman antara mereka.

"Mungkin sampai sini sahaja kisah kami. Tiada persefahaman.

zulin aziz 2

Perkongsian Zulin di Instagram mengejutkan orang ramai.

"Semoga yang baik-baik untuk masa akan datang, Insya Allah masa merawat semuanya. Terima kasih untuk semuanya. Jaga diri," katanya.

Zulin menulis perkara tersebut di laman Instagram miliknya berserta gambar hari pernikahan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Zulin Aziz selamat bergelar isteri, terima hantaran RM30,000

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya teringin jadi ibu” - Zulin Aziz minta netizen henti tanya tentang anak, bagi ruang ‘honeymoon’

Menerusi ruangan komen ramai yang memberi reaksi terkejut dengan berita tersebut memandangkan pasangan ini selalu menunjukkan kebahagiaan mereka bersama.

Untuk rekod Zulin dan Farhan mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2022.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain