BANGGA dapat bergandingan dengan Fauziah Ahmad Daud, pelakon Tya Arifin juga berterima kasih apabila aktress itu sudi berkongsi ilmu sepanjang di lokasi menjayakan drama pendek berjudul Saksi Malam Syawal. Kata Tya atau Nurtria Wulandri, 29, ia merupakan pengalaman berharga kerana jarang berlaku apababila seorang pelakon yang memberi tunjuk ajar kepada kru produksi ketika penggambaran. “Apa yang membanggakan saya dan pasukan apabila Kak Ogy (Fauziah) sudi menerima tawaran untuk berlakon. Ia satu penghargaan dan pengalaman yang cukup bermakna buat kami. Tya berbangga Ogy sudi berlakon bersamanya. "Saya nak berterima kasih kepada Kak Ogy kerana banyak membantu saya dan pasukan sepanjang penggambaran dibuat. Kak Ogy bukan saja berlakon, tapi juga menjadi guru di lokasi. "Bagi saya, situasi sebegini sangat jarang berlaku dalam mana-mana produksi. Sebab itu, untuk karya kali ini saya anggap ia sangat bermakna, memberikan banyak pengalaman serta ilmu," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: “Bercakap jangan pendam”... Tya Arifin kongsi tip rumah tangga, jangan harap dapat pasangan sempurna ARTIKEL BERKAITAN: Tular video atas katil... Tya Ariffin dakwa ada pihak sebar sebelum dilancarkan, minta netizen tonton versi penuh Drama tersebut merupakan karya terbitan jenama perniagaan miliknya iaitu Mutyara dan boleh ditonton di laman Youtube The Tya’s Family. Menurutnya drama tersebut memaparkan kisah sebenar hubungan antara seorang wanita dan ibu mentua yang sering berlaku dalam kalangan masyakat. “Dalam drama ini kita nak memperlihatkan realiti hubungan menantu dan mentua dalam menyambut raya. Dipaparkan bagaimana mentua itu berperangai 'hantu' dengan memberi layanan yang teruk terhadap menantunya. Kak Ogy bukan saja berlakon, tapi juga menjadi guru di lokasi TYA ARIFIN PELAKON "Disebabkan itu, ada banyak babak yang memaparkan 'kekejaman' mentua terhadap menantunya. Memang sedih dan meruntun jiwa,” ujarnya. Lebih menarik lagi, pelakon asal Indonesia ini juga menggunakan bahasa kebangsaannya dalam melakonkan watak menantu kepada Ogy. Sedutan drama tersebut sebelum ini mula menjadi bualan ramai selepas Tya sendiri memuat naik babak dia ditampar oleh Ogy. Tya dan Ogy memberikan lakonan terbaik dalam drama Saksi Malam Raya. Bercakap tentang babak tersebut, kata Ogy hanyalah teknik lakonan dan sebagai pelakon profesional tidak mungkin dia akan menampar pelakon gandingan dalam drama secara betul. "Aksi tampar dan pukul itu hanya lakonan. Ia adalah teknik lakonan. Bunyi tamparan pula adalah kesan bunyi. Saya masih waras dan tidak akan tampar betul,” jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!