suria

Kerinduan peminat bakal terubat, Ruffedge umum konsert jelajah ‘Ruffera That Moment In Time’ di Malaysia dan Singapura

Ruffedge ubati peminat dengan konsert jelajahnya di Singapura dan Malaysia.

MENGUBATI rindu peminat, kumpulan Ruffedge bakal mengadakan konsert istimewa di Malaysia dan Singapura yang digelarkan RUFFERA That Moment In Time bermula Jun hingga Ogos ini.

Menurut Cat Farish atau nama sebenarnya Farish Ramli, 48, konsert kali ini bukan sahaja untuk bertemu peminat, dalam masa sama mempromosikan album yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi.

"Konsert ini bukan sahaja mengimbau kenangan lalu, tetapi bagaimana muzik kami berjaya merentasi masa dan kekal relevan sehingga kini, sesetengah lagu tetap kekal evergreen terutamanya sekarang dengan susunan muzik baharu, anda masih dapat merasai momen itu.

ALG_1142

Ruffedge janjikan yang terbaik buat peminat.

"Selain itu, konsert ini juga bertujuan mempromosikan album baharu Ruffedge yang bakal keluar tidak lama lagi, dan yang pastinya menyambut baik permintaan para penyokong yang mahukan Ruffedge mengadakan konsert semula," katanya.

Sementara itu, Sein atau Syed Hussein bin Syed Mustafa Al-Qudsy, 39, berkata ketika ini mereka sedang melakukan persiapan rapi bagi memastikan siri jelajah konsert berjalan dengan lancar.

Malah kumpulan yang terkenal dengan lagu Bila Rindu, Khayalan, Lemas, dan Tipah Tertipu ini turut menjanjikan kepuasan peminat sepanjang dua jam konsert itu berlangsung nanti.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 20 tahun baharulah ada kelab peminat - Ruffedge

ARTIKEL BERKAITAN: Tolak tawaran Gegar Vaganza... Ruffedge tak suka konsep kena ‘sekolah’, rasa macam malukan orang lama

"Kami sedang giat menjalankan latihan di studio demi memberikan kepuasan maksimal buat penonton yang bakal hadir di konsert nanti.

"Dijangka durasi konsert akan berlangsung selama dua jam dengan nyanyian lagu-lagu hit kami, beserta susunan muzik yang baharu dan lebih segar di bawah pimpinan pengarah muzik tersohor negara, jadi alami sendiri pengalaman evolusi masa melalui muzik dengan visual khas, dan jangan lupa mendapatkan tiket konsert apabila penjualan mula dibuka," kongsinya.

Sementara itu penganjur iaitu YOLO Asia berkata sambutan memberangsangkan daripada konset atas talian ketika pendemik 2020 lalu membuatkan mereka percaya kemampuan kumpulan tersebut.

ALG_1242

Ruffedge sekali lagi berkerjasama dengan YOLO Asia.

"Hubungan dua hala ini bertitik tolak dari zaman pandemik lagi, kami percaya Ruffedge masih mampu membawakan persembahan yang menarik sukar untuk dilepaskan oleh peminat, dengan lagu-lagu hit mereka dan beberapa lagu baharu, kami sudah bersedia untuk menghiburkan penggemar muzik R&B dan hip-hop dengan siri jelajah konsert ini," ujarnya.

Bagi yang berminat, tiket-tiket akan mula dijual pada 20 April depan untuk warga Singapura, maklumat lanjut boleh diperolehi di laman sosial YOLO Malaysia dan Ruffedge serta yoloasia.com.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain