suria

Puteri Sarah menyesal tak rakam video perbincangan dengan Syamsul Yusof... “Saya patut tahu kaki spin pusing cerita”

Kemelut rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul masih berterusan.

PELAKON Puteri Sarah Liyana menyesal kerana tidak merekodkan perbualan ketika mengadakan perbincangan bersama suami iaitu Syamsul Yusof bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka pada 9 April lalu.

Mendedahkan menerusi Instastory, Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, mencadangkan kepada Syamsul untuk merekodkan pertemuan itu menggunakan video kerana bimbang timbul kekeliruan di kemudian hari.

Bagaimanapun pengarah filem Mat Kilau itu menolak cadangan tersebut kerana segala syarat dan perjanjian yang dibincangkan sudah direkod secara bertulis.

sarah1 - 1

Kenyataan Puteri Sarah di Instastory.

"Menyesal tak rekod video masa berbincang malam tu. Saya patut tahu kaki pusing punya cerita. Tak mengapalah.

"Bulan Ramadan, Allah ada untuk jaga saya dan anak-anak. Selamat berbuka semua," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Syamsul mungkir janji, enggan beri rumah untuk anak, mutaah RM500 ribu... Puteri Sarah ada bukti video tak senonoh

ARTIKEL BERKAITAN: Syamsul sedia tarik kes Puteri Sarah dengan suami orang malangnya si isteri tukar persetujuan saat akhir

Sebelum itu, Puteri Sarah berkongsi paparan skrin mesej perbualannya dengan Syamsul di Instastory.

Dalam mesej berkenaan, Syamsul bersyukur kerana Puteri Sarah sudi berjumpa dan duduk berbincang.

"Alhmdulillah kita duduk sama-sama berbincang.

"Record apa pun tak perlu. Semua tulis atas kertas sama-sama tengok," jawab Syamsul menerusi aplikasi WhatsApp.

Pada Selasa lalu, Puteri Sarah mendedahkan dia tidak pernah berjanji untuk menarik saman terhadap keluarga madunya iaitu Ira Kazar semasa berbincang dengan Syamsul.

Pelakon drama Andai Itu Takdirnya ini menjelaskan dia tidak mahu Syamsul mencampuri tindakan dia memfailkan saman terhadap keluarga Ira memandangkan perkara tersebut di antara dirinya dan madunya itu.

Puteri Sarah membuat pendedahan itu selepas Syamsul mendakwanya menghantar syarat dan terma penceraian baharu pada saat akhir yang bertentangan dengan persetujuan mereka sebelum ini.

sarah2 - 1

Puteri Sarah kesal tidak merekod video sewaktu berbincang dengan Syamsul.

Ini termasuk persetujuan Puteri Sarah menarik balik saman terhadap Ira dan isu berkaitan sejumlah wang yang sudah dipersetujui.

Disebabkan itu, Syamsul enggan melafazkan cerai terhadap Puteri Sarah yang sepatutnya berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain