SUSULAN tindakan memadam semua gambar bersama suami di Instagram, rumah tangga pasangan Haqiem Rusli dan isterinya, Anis Sofea dikatakan sedang bergolak. Tidak hanya itu, Anis atau Wan Sofea Wan Zamzuri, 21, turut memuat naik fotonya yang tidak lagi berhijab ketika sambutan Aidilfitri tanpa di sisi Haqiem. Enggan khabar angin mengenai rumah tangganya terus menjadi bualan ramai, Anis memuat naik gambar bersama suami ketika berada di dalam kereta. Haqiem dan Anis masih lagi bahagia. Malah Anis juga berkongsi emoji pada bahagian kapsyen foto tersebut sekali gus menjelaskan hubungan mereka tidak mempunyai sebarang masalah. Anis bagaimanapun menutup ruangan komen dipercayai bagi mengelakkan komen tidak baik dan kecaman netizen. ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Haqiem Rusli tampil berselendang, padam semua gambar bertudung di Instagram ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Haqiem Rusli tunjuk bakat nyanyi lagu Blackpink... “Hebat! Nampak lembut tapi boleh rap” Untuk rekod, Haqiem atau Ridzuan Haqiem Rusli, 24, mendirikan rumah tangga dengan Anis pada 19 November 2021 di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya. Pasangan ini bagaimanapun belum dikurniakan cahaya mata. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!