PELAKON Anna Jobling terpaksa merahsiakan lokasi kediaman keluarganya di Melaka kerana bimbang akan diserbu peminat. Anna atau Anna Ellisa Gustin Jobling, 23, berkata, dia bimbang kehadiran peminat mungkin akan membuat ahli keluarga yang lain berasa kurang senang selain privasi mereka terganggu. "Alhamdulillah seperti tahun-tahun sebelumnya, saya menyambut Syawal di kediaman keluarga di Melaka. "Aktiviti raya tiada yang istimewa, melawat kubur, berkumpul bersama sanak saudara di rumah nenek. Anna risau peminat ganggu keluarga. "Kampung saya kecil sahaja, risau peminat serbu kalau saya kongsi alamat tapi setakat ini tak pernah kena serbu. "Saya perlu menghormati ahli keluarga yang lain takut kalau mereka tidak selesa apatah lagi rumah itu sangat kecil. Saya harap peminat tidak salah faham," katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Beli kereta tapi tiada lesen, Anna Jobling masuk kelas memandu selepas Aidilfitri ARTIKEL BERKAITAN: ‘Suamiku Lelaki Pendosa’ menang besar, Meerqeen dan Anna Jobling pula ‘Pasangan Drama Terbaik’ Anugerah Drama Sangat 2023 Bagaimanapun kata pelakon Melur Untuk Firdaus itu, dia bakal mengadakan rumah terbuka bersama peminat di Jakarta, Indonesia pada minggu kedua atau ketiga Syawal. Sementara itu, Anna berterus terang tidak menyambut Aidilfitri dengan pelakon Meerqeen yang dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengannya. Saya perlu menghormati ahli keluarga yang lain takut kalau mereka tidak selesa. ANNA JOBLING PELAKON Kata Anna, mereka sibuk dengan aktiviti masing-masing tambahan pula mereka hanya rapat sebagai kenalan kerja dan tidak lebih daripada itu. "Raya tahun ini saya tak beraya dengan dia, lagipun dia tak ada dekat sini. "Kami rapat sebagai rakan kerja, itu sahaja. Kami masing-masing sibuk dengan kerja kami," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!