NAMPAKNYA pelakon Hun Haqeem raya sakan tahun ini apabila mengambil cuti selama seminggu menyambut lebaran di kampung halamannya, Kuching, Sarawak. Berkongsi tradisi lebaran di sana, Hun atau Haqeem Hermy, 26, berkata, kebiasaannya semua orang akan memakai baju raya seharian kerana seseorang akan dianggap pelik jika tidak berbuat demikian. "Raya dekat Sarawak memang meriah sebab setiap orang akan pakai baju raya, tiada istilah sarung pagi, tengah hari dah tanggal. Hun teruja nak berkumpul dengan saudara mara. "Kami memang akan pakai sampai pintu rumah tutup!," katanya kepada mStar. Tambah Hun, meskipun sudah memasuki Syawal kedua namun penduduk di Sarawak tetap akan bergaya sakan. ARTIKEL BERKAITAN: Dingin dengan keluarga sendiri, perasaan jadi kosong... Hun Haqeem dedah setahun jumpa pakar psikiatri ARTIKEL BERKAITAN: Hun Haqeem pernah jadi tukang pembancuh air di surau, bantu bina watak dalam ‘Imam Instant Ustazah Scammer’ Dalam pada itu, Hun merancang untuk mengadakan rumah terbuka bagi menjemput sauara mara yang jauh untuk mengeratkan hubungan apatah lagi mereka jarang dapat bertemu. "Insya Allah tahun ini rancang nak buat rumah terbuka dan reunion, yang mana kumpulkan saudara mara yang jauh-jauh. "Sudah lama tidak berjumpa mereka semua dan berharap acara sebegini dapat mengeratkan silaturahim di antara kami," jelasnya. Seronok juga kalau dapat beraya berdua tapi sekarang ini belum ada lagi. HUN HAQEEM PELAKON Ditanya sama ada 'teman' istimewa turut hadir pada majlis itu, Hun berkata Aidilfitri kali ini dia masih solo dan mahu memfokuskan pada diri sendiri. "Tahun ini masih belum nak bawa balik siapa-siapa tapi kalau jodoh dah sampai saya okay sahaja. "Seronok juga kalau dapat beraya berdua tapi sekarang ini belum ada lagi sebab saya masih fokus diri sendiri dulu," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!