suria

“Raya di KL hambar” - Naufal Azrin mahu kongsi lebih banyak duit raya

Sejak kecil Naufal merayakan Aidilfitri di KL.

MERAIKAN 1 Syawal di ibu kota Kuala Lumpur, penyanyi Naufal Azrin akui sambutannya sedikit hambar dan tidak semeriah suasana di kampung.

Kata Naufal, 24, kemeriahan tersebut juga semakin kurang dirasai selepas kedua datuk dan neneknya meninggal dunia.

“Raya di KL memang hambar. Kawasan kejiranan saya pun sunyi sebab ramai yang pulang ke kampung.

naufal 22

Naufal mahu beri lebih banyak duit raya tahun ini.

“Tambah pula datuk dan nenek sudah tiada, kemeriahan itu dah tidak dirasai. Biasanya hari raya kami akan berkumpul bersama saudara-mara dan makan juadah raya.

“Tetapi yang seronoknya, saya tidak perlu nak hadap kesesakan lalu lintas pulang ke kampung,” katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Naufal Azrin mengaku sedang bercinta, kekasih cemburu jika rapat dengan peminat... “Saya tak sorok kalau orang nampak”

ARTIKEL BERKAITAN: Naufal Azrin kesal dituduh sudah berubah sikap selepas popular... Rupanya ibu pernah larang jadi penyanyi

Tambah Naufal sebelum ini dia pernah berkunjung ke rumah rakan-rakannya yang tinggal di kampung dan dari situ dia dapat menikmati suasana hari raya seperti yang sering digambarkan.

Bercakap tentang sambutan raya kali ini, dia berharap dapat berkongsi rezeki dengan memberi duit raya kepada lebih ramai orang.

Tetapi yang seronoknya, saya tidak perlu nak hadap kesesakan lalu lintas pulang ke kampung

NAUFAL AZRIN

PENYANYI

“Saya memang sediakan peruntukan besar untuk duit raya. Seronok apabila dapat berkongsi rezeki. Sekarang pun kerjaya sudah semakin baik, jadi apa salahnya saya kongsi kepada lebih ramai orang.

“Dari segi persiapan raya pula, saya akan bantu keluarga membeli kelengkapan rumah. Sudah jadi tanggungjawab membantu keluarga apabila punya wang pendapatan sendiri,” ujarnya.

naufal 33

Naufal cabar diri sertai Big Stage 5.

Sementara itu bercakap tentang perkembangan kerjaya, Naufal bakal bersaing sebagai salah seorang peserta program Big Stage musim kelima (BS5) bermula 7 Mei ini.

Menurutnya meskipun namanya kini semakin dikenali, dia mahu mencabar diri untuk masuk pertandingan sebegitu.

“Saya tak pernah masuk pertandingan. Jadi rasanya tidak salah untuk mencuba dan nak lihat kemampuan diri sendiri menggalas tugasan yang diberikan,” jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain