suria

Emma Maembong dan suami beri ‘duit raya’ iPhone buat dua pembantu rumah

Pembantu rumah Emma Maembong peluk majikan kerana terlalu geembira.

BERSEMPENA sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, pelakon Emma Maembong dan suami iaitu Muhammad Shazli Azhar menghadiahkan telefon pintar iPhone buat kedua pembantu rumah mereka.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, pasangan berkenaan bermaaf-maafan bersama dua pembantu rumah mereka sebelum Muhammad Shazli menyerahkan telefon berkenaan kepada mereka.

"Selamat hari raya, saya minta maaf kalau ada salah. Sama-sama ada iPhone baru, sama rata. Duit raya tak ada tahun ini.

286659160_743996936787127_2182625737905880217_n

Emma, Shazli dan dua pembantu rumah mereka.

"Kerja rajin-rajin, jangan gaduh-gaduh. Kerja elok-elok," kata Shazli.

Gembira dengan hadiah yang diterima, kedua-dua pembantu rumahnya itu memeluk pasangan suami isteri itu sebagai tanda terima kasih.

Malah mereka juga mencium anak pasangan berkenaan iaitu Shariq Gabriel berkali-kali.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tersentuh melihat pasangan berkenaan yang mesra melayani pembantu rumah mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Emma Maembong bakal timang anak lelaki lagi, tapi Chacha pula terlebih ‘excited’ sampai bergegar video

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Netizen tegur tayang ‘baby bump’ sebahagian aurat, Emma Maembong ambil jalan berdiam diri - “Tak ada guna pun nak lawan”

Selain turut mendoakan agar pasangan tersebut terus dimurahkan rezeki kerana sikap baik mereka itu.

"Selamber saja dia peluk majikan, dia buat macam adik-beradik saja.

"Kalau tengok cara Emma dan suami nampak tak kekok bila pembantu dia orang datang peluk. Mesti dia orang baik kan.

"Semoga makin murah rezeki Emma dan suami, pandai dia ambil hati bibik ya," antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain