suria

Anak-anak sakan kutip duit raya dalam dolar Singapura, Fuad Rahman dedah Tom cekap di dapur

Tom dan Fuad teruja beraya di Singapura sebagai suami isteri.

SYAWAL tahun ini memberi seribu makna buat penyanyi asal Singapura iaitu Fuad Abdul Rahman kerana dapat beraya bersama isteri iaitu Tom.

Fuad atau Mohamed Fuad Abdul Rahman, 43, berkata, hari raya tahun ini juga bertambah meriah dengan kehadiran anak-anak tirinya.

"Raya tahun ini rasa lain sebab ada Tom dan anak-anak malah kami beraya di Singapura dan akan pulang ke Taiping, Perak pada 3 Syawal.

"Kita tak bergaduh nak balik raya sebab sepanjang puasa kami kerap pulang ke Taiping. Mak Tom yang suruh kami bawa anak-anak ke Singapura," katanya kepada mStar.

WhatsApp-Image-2023-03-05-at-3.45.47-PM

Tom dan Fuad teruja sambut raya sebagai suami isteri.

Dalam pada itu, Tom atau Raja Farah Afzal Raja Ikram, 36, menyifatkan Aidilfitri tahun ini sempurna apabila berpeluang menyambut bersama anak sulungnya.

Tom berkata dia akan membawa anak lelakinya itu beraya di kampung halamannya di Taiping.

ARTIKEL BERKAITAN: Tom keguguran, sempat rakam video nak kongsi berita sedang hamil

ARTIKEL BERKAITAN: Tom dan Fuad Rahman sah bergelar suami isteri... ada sebab pilih nikah di Batam, Indonesia

"Ini kali pertama saya meraikan Aidilfitri di Singapura dan anak-anak sakan kutip duit raya dalam dolar.

"Raya kali ini lengkap sebab sudah ada suami selain dapat berkumpul dengan anak-anak termasuk anak sulung sebab dah beberapa tahun kami tak meraikan raya bersama," ujarnya.

Raya kali ini lengkap bagi saya sebab saya ada suami dan dapat kumpul dengan anak-anak.

TOM

PENYANYI

Sementara itu, Fuad mendedahkan Tom sebenarnya sangat cekap di dapur malah pandai memasak terutama hidang kegemarannya.

"Tom dia pandai masak, saya suka nasi ayam dan cencaru sumbat... itu memang kegemaran saya," katanya.

Dalam pada itu, Fuad mengakui bahawa isterinya itu sangat cekap di dapur malah pandai menambat hatinya dengan masakkan yang enak.

312235360_672756594186265_8525507899575946763_n

Anak-anak meriahkan raya Tom dan Fuad.

"Tom dia pandai masak, saya suka Nasi Ayam dan cecaru sumbat, itu memang kegemaran saya," jelasnya.

Untuk rekod, Tom dan Fuad selamat disatukan di Batam, Indonesia pada 26 Februari lalu.

Pasangan ini sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta sekitar 2005 namun terputus di tengah jalan pada 2010 selepas Fuad ditahan oleh pihak polis Singapura dan dihukum penjara akibat penyalahgunaan dadah.

Hubungan mereka kembali bertahun selepas sama-sama menyertai Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain