suria

Meriah Aidilfitri Aniq Suhair... ada 90 sepupu sebelah ibu, seronok pertama kali beri duit raya

Aniq teruja beraya bersama keluarga besar.

PELAKON Aniq Suhair teruja impian mahu berkongsi rezeki bersama sanak-saudara dengan memberikan duit raya akhirnya tercapai.

Aniq atau Aniq Suhair Mohd Salleh, 23, berkata, sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini adalah kali pertama dia mengagihkan duit raya selepas mempunyai pendapatan sendiri hasil daripada lakonan dan peragaan.

"Sepupu saya di sebelah keluarga ibu di Taiping, Perak ada lebih 90 orang! Keluarga ibu saya memang besar, adik-beradiknya pun ada 14 orang.

aniq1 - 1

Aniq menyambut Aidilfitri di Taiping dan Alor Setar.

"Tapi saya hanya beri duit raya pada sepupu yang masih bersekolah sahaja," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Aniq berkata, dia sentiasa berasa teruja dapat pulang ke Taiping kerana sambutan di sana lebih meriah apatah lagi mempunyai ramai sepupu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa minta sambung belajar di Mesir punca Aniq Suhair hilangkan diri, belum sedia tinggal dunia lakonan

ARTIKEL BERKAITAN: Aniq Suhair patah tangan akibat terjatuh, sedih tak dapat bertemu peminat 'Sekali Lagi Cinta Kembali'

Imbaunya, ketika dia mula-mula bergelar pelakon, sanak-saudara turut mengusiknya dengan memanggilnya dia artis namun menganggap ia sebagai gurauan.

"Kalau buat kenduri memang tak payah panggil orang luar, kami sekeluarga dah penuh satu rumah.

aniq2 - 1

Hari raya adalah tentang keluarga buat Aniq.

"Masa awal-awal jadi artis ada mengusik panggil saya artis tapi sekarang kalau jumpa minta duit raya sahaja.

"Alhamdulillah selepas bekerja rasa seronok dapat kongsi rezeki dengan mereka," jelasnya.

Selain Taiping, Aniq turut meraikan Syawal bersama keluarga belah bapanya di Alot Setar, Kedah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain