suria

Sudah tiga tahun tak pulang beraya di Singapura, Aaron Aziz sedih teringat Allahyarham ibu

Aaron menyambut Aidilfitri di Singapura.

SEJAK pemergian ibunda tercinta tiga tahun lalu, pelakon Datuk Aaron Aziz sudah tidak lagi pulang meraikan Hari Raya Aidilfitri di Singapura.

Bagaimanapun, tahun ini Aaron atau Aaron Mustapha Aziz, 47, bersama keluarganya pulang ke Singapura bagi meraikan hari raya sekali gus menziarahi ibu mentuanya yang sedang sakit.

"Saya masih rasa sedih apabila mengenangkan arwah ibu dan sebab itu sudah tiga tahun saya tidak pulang meraikan Aidilfitri di Singapura.

"Foto raya keluarga kami seperti tidak lengkap... cuma tahun ini saya terpaksa balik ke sana disebabkan ibu mentua saya sedang sakit tapi saya tahu hidup ini perlu diteruskan," katanya kepada mStar.

aaron1 - 1

Aaron masih terasa ketiadaan ibu disisi.

Ibu Aaron iaitu Allahyarham Juriana Jaafar meninggal dunia pada 7 November 2020.

Dalam pada itu, Aaron berkata, meskipun ibunya sudah tiada namun sebagai anak dia tidak pernah lupa mendoakannya agar rohnya tenang di sana.

ARTIKEL BERKAITAN: Aaron Aziz tutup buku kontroversi, isteri larang semuka dengan Syamsul

ARTIKEL BERKAITAN: "Tak payah masuk campur"... Aaron Aziz bagi amaran, minta Sharnaaz jangan sibuk konflik dengan Syamsul

Kata Aaron dia juga berharap hubungan kekeluargaan tetap akrab walaupun ibu mereka sudah tiada.

"Saya masih ingat pesan ibu yang mahu kami sekeluarga hidup dalam keadaan harmoni, tidak bergaduh.

Foto raya keluarga kami seperti tidak lengkap. Kami cuba untuk menunjukkan muka gembira walaupun masih bersedih.

AARON AZIZ

PELAKON

"Itu juga yang saya sering doa agar hubungan saya dan keluarga tidak berpecah belah, maklum sahaja kita selalu dengar ada adik-beradik yang bergaduh tentang harta selepas pemergian ibu bapa mereka," katanya.

Sementara itu, pelakon filem KL Gangster ini juga memberitahu anak sulungnya Danish Anaqi, 19, yang sedang menyambung pelajaran di Jepun tidak dapat pulang ke Malaysia kerana perlu menghadiri kuliah.

aaron2 - 1

Aaron bakal ke Jepun untuk majlis graduasi anak sulungnya.

Bagaimanapun kata Aaron, dia sekeluarga akan ke Jepun pada penghujung Mei bagi menghadiri majlis graduasi Danish.

"Dia akan menamatkan pelajaran pada bulan Mei, jadi dia tidak boleh beraya bersama kami.

"Ini merupakan tahun terakhir dia dan kemudian boleh terus pulang ke Malaysia,” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain