SETIAP kali tibanya Aidilfitri pasti ramai di antara kita ternanti-nanti untuk menikmati pelbagai juadah seperti kuih raya, lemang, rendang, ketupat dan sebagainya. Bagi pelakon Nora Danish, lemang yang dimakan bersama rendang daging mahupun ayam adalah menu wajib yang perlu ada di pagi raya. Paling digemarinya adalah rendang daging wagyu yang menjadi menu istimewa dimasak sendiri oleh suaminya, Mohamad Nedim Nazri. "Bagi saya setiap kali hari raya wajib ada lemang. Saya tidak akan makan lemang pada hari-hari biasa cuma ketika raya sahaja. Nora jarang masuk dapur pada Hari Raya. "Biasanya saya akan padankan lemang dengan rendang ayam atau daging wagyu yang dimasak sendiri oleh suami... cuma sekarang dia jarang masak. "Tapi sekarang pun sudah banyak tempat ada jual rendang wagyu dan ia memang sedap," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Nora berkata, dia sebenarnya jarang masuk dapur untuk memasak juadah hari raya dan lebih suka membeli di luar sebagai tanda sokongan kepada peniaga-peniaga kecil. Kata Nora dia juga bersyukur sebab Nedim sangat memahami dan tidak mahu membebankannya dengan kerja-kerja di dapur. ARTIKEL BERKAITAN: Sengketa sudah jadi sejarah... peminat tumpang bahagia tengok Fasha Sandha dan Nora Danish foto bersama ARTIKEL BERKAITAN: Nora Danish fokus keluarga, buka produksi sendiri kerana tak mahu tinggalkan dunia seni "Saya dan suami banyak beri sokongan kepada peniaga luar dengan membeli sahaja juadah hari raya. "Saya bersyukur dapat suami yang memahami, dia tak nak menyusahkan isteri di pagi raya. Dia selalu cakap tak payah masak. "Bukan senang nak sediakan barang-barang suami dan anak-anak di pagi raya samping dengam baju raya. Gosok baju mereka lagi," kongsinya. Nora turut bersyukur apabila keluarga mentua dan suaminya mempunyai kelebihan dalam memasak membuatkan dia tidak perlu bersusah payah memikirkan jaduah apa perlu dimasak. "Macam hari raya pertama di rumah mentua jadi tak adalah saya nak menyediakan juadah sangat. Nora serahkan bab makanan pada suami dan keluarga mentua. "Bab makan saya tahu suami saya pandai masak, keluarga dia pun sama. Jadi saya makan sahaja. Alhamdulillah," ujarnya. Untuk rekod, Nora berkahwin dengan Nedim pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Mohamed Neyqal, 5. Sebelum itu, Nora telah berkahwin dengan Rizal Ashram pada 2006 dan bercerai pada 2008. Mereka juga dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Putera Rayqal, 15. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!