PENYANYI Ernie Zakri terlebih dahulu akan menziarahi bapa mentuanya yang masih berada di hospital pada malam raya sebelum pulang ke kampung halamannya di Klang, Selangor.Ernie atau Nur Ernie Shahirah Zakri, 32, berkata, keadaan bapa mentuanya itu semakin pulih namun masih ditahan di wad bagi menjalani beberapa sesi terapi sebelum dibenarkan pulang dalam tempoh beberapa hari lagi. "Tahun ini disebabkan bapa mentua saya masih di wad, jadi malam raya kami rancang nak beraya di hospital bersamanya terlebih dahulu sebelum pulang ke Klang."Keadaan bapa mentua saya okay, cuma masih perlu menjalani sesi terapi untuk membolehkan dia kembali mendapat kekuatan untuk berjalan.Ernie syukur kesihatan ayah semakin membaik."Perkembangan kesihatannya sangat memberangsangkan. Insya Allah selepas raya ayah boleh kembali ke rumah," katanya kepada mStar.Januari lalu, Mohd Fodzly dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas mengalami jangkitan paru-paru.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Aina bersaing sengit dengan Ernie, Marsha... Ketua juri jelaskan sebab Naim Daniel tak menang persembahan terbaikARTIKEL BERKAITAN: Konsert Satu Suara Datuk Seri Siti Nurhaliza Vol. 3 kembali, kali ini tampil Jay Jay dan Ernie ZakriDalam pada itu, Ernie berkata, sepanjang Ramadan dia bergilir-gilir dengan suaminya, Syamel untuk menjenguk bapanya di hospital.Kata Ernie, dia tidak mahu bapa mentuanya itu berasa tertekan memandangkan sudah ditahan di wad lebih daripada dua bulan."Kira-kira dah dua bulan lebih ayah duduk hospital, jadi sepanjang Ramadan sibuk atau tidak saya dan Syamel akan melawat dia. Insya Allah selepas raya ayah boleh kembali ke rumah.ERNIE ZAKRIPENYANYI"Kalau sibuk pun kami akan bergilir, kadang-kadang kami hantar video anak kami agar dia dapat lihat perkembang cucunya," jelasnya.Berkongsi kegembiraan menyambut 1 Syawal, Ernie berkata, sebagai ibu dia teruja untuk menggayakan anak perempuannya, Nur Kawla Soleha yang kini berusia dua tahun dengan pelbagai fesyen baju raya.Kata Ernie, dia menyediakan beberapa pasangan pakaian untuk anaknya dan mereka akan tampil sedondon."Raya tahun ini teruja sikit sebab tahun lepas Kawla baru dua bulan, tapi kali ini beria-ia saya nak siapkan dia, baju pun dah rancang nak pakai apa.Ernie teruja nak gayakan Kawla di pagi raya."Paling penting kami sekeluarga sedondon... fesyen anak dari raya pertama hingga ke lima pun saya dah fikirkan."Lagi teruja bila anak dah boleh berjalan, berkomunikasi dengan kita. Saya seronok sebagai ibu bapa lihat anak membesar depan mata kita," katanya lagi.Ernie memberitahu dia hanya mengambil cuti selama lima hari bagi menyambut hari raya bersama keluarga memandangkan perlu melakukan persiapan konsert bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak lama lagi.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!