suria

Andi Bernadee sudah sampai kampung, tak mahu insiden sambut raya di airport berulang

Andi harap tahun ini tidak lagi raya mengejut.

ENGGAN kejadian tahun lalu berulang, penyanyi Andi Bernadee sudah pun pulang ke kampung halamannya di Sabah sejak Khamis.

Andi atau Andi Azrul Andi Mapangile, 32, berkata, pengalaman raya ‘mengejut’ tahun lalu pertama kali dirasai dan dia terpaksa menyambut kedatangan 1 Syawal di lapangan terbang.

“Tahun ini saya sudah beli tiket dua hari lebih awal dari tarikh raya mengikut kalander. Memang buat persiapan awal sebab tak mahu lagi kejadian tahun lalu berulang.

“Apa yang berlaku tahun lalu pertama kali saya rasakan dalam hidup. Disebabkan beli tiket kononnya sehari sebelum raya, terpaksalah sambut Aidilfitri di lapangan terbang apabila diumumkan raya awal,” katanya kepada mStar.

andi 3

Tiket dan kelengkapan raya sudah dibeli awal sebelum pulang ke Sabah.

Bercakap tentang sambutan raya kali ini, Andi tidak merancang untuk mengadakan majlis besar-besaran seperti yang sering dilakukan oleh keluarganya.

Malah dia memilih untuk meraikan Aidilfitri dengan menziarahi saudara-mara di Sabah.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Terkena buatan orang dan ditipu buat Andi Bernadee mahu tinggalkan dunia seni, masih dalam proses ‘healing’

ARTIKEL BERKAITAN: Masalah tonsil sampai sukar bernafas, Andi Bernadee akhirnya serah diri jalani pembedahan

“Tahun ini saya sudah cakap kepada keluarga tidak mahu buat sambutan besar-besaran seperti sebelum ini. Cukuplah menjemput saudara-mara dan jiran terdekat sahaja.

“Mungkin hari raya ketiga akan buat rumah terbuka kemudian selepas itu ‘tutup rumah’ dan saya mahu bawa keluarga berjalan-jalan sekitar Sabah,” ujarnya.

Sementara itu bercakap tentang persiapan raya, kata penyanyi lagu Raya Last Minit ini berkata dia lebih banyak membeli pakaian untuk tujuan menghadiri persembahan sepanjang Syawal.

Memang buat persiapan awal sebab tak mahu lagi kejadian tahun lalu berulang.

ANDI BERNADEE

PENYANYI

Andi juga tidak mengambil cuti panjang kerana terpaksa pulang semula ke Kuala Lumpur bagi menjalani penggambaran drama.

“Saya mungkin cuti seminggu sahaja. Lepas itu dah kena pulang semula ke Kuala Lumpur, maklumlah dah lama berehat jadi kerja yang tertangguh sebelum ini perlu selesaikan.

“Dari segi persiapan baju raya pula saya banyak beli untuk hadiri majlis atau undangan menyanyi. Biasa hanya pada 1 Syawal sahaja akan pakai baju Melayu di rumah,” ceritanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain