suria

Faizal Hussein imbau kenangan sambut Aidilfitri ketika nama di puncak, rumah kena serbu peminat perkara biasa

Faizal kini bahagia bersama isteri dan dua anak mereka.

SETIAP kali tiba hari raya pelakon Faizal Hussein pasti akan terkenang manis apabila kediamannya akan diserbu peminat yang mahu menyambut Syawal bersamanya.

Faizal, 56, berkata, disebabkan itu dia akan memperuntukkan duit raya yang secukupnya untuk diberi kepada tetamu terutamanya dalam kalangan kanak-kanak.

"Kalau cakap fasal kenangan raya, masa mula jadi artis dulu memang ramai kanak-kanak serbu rumah nak beraya.

"Macam saya sendiri akan sediakan duit raya untuk diberikan kepada kanak-kanak yang datang. Kalau diingatkan kembali memang seronok.

faizal2 - 1

Faizal bersama isteri dan anak-anak.

"Apatah lagi ketika zaman itu duit raya diberikan dalam bentuk wang syiling," katanya kepada mStar.

Bagaimanapun kata Faizal, selepas mendirikan rumah tangga dengan isterinya iaitu pelakon Suhaila Sulaiman pada 2004, dia sudah jarang membuat rumah terbuka untuk peminat.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyamar guna nama Faizal Hussein di TikTok, perdaya wanita sampai berani ajak kahwin

ARTIKEL BERKAITAN: Serangan panik punca menggeletar di pentas FFM32, Maya Karin gelar Faizal Hussien hero - "Siap kutip kasut saya yang tertinggal"

Ini kerana dia perlu menghormati keluarga mentuanya yang tidak biasa menerima kunjungan tetamu dalam jumlah ramai pada satu-satu masa.

"Saya datang daripada latar belakang keluarga seni dan sudah terbiasa... jadi saya perlu menghormati keluarga mentua yang tidak mahu orang ramai datang kecuali saudara mara dan kenalan terdekat.

Kalau cakap fasal kenangan beraya sewaktu awal-awal jadi artis dulu, memang ramailah budak-budak serbu rumah.

FAIZAL HUSSEIN

PELAKON

"Kalau dulu tiga hari saya layan peminat datang ke rumah namun kini saya perlu hormat privasi keluarga mentua dan sudah terbiasa dengan cara mereka," jelasnya.

Sementara itu, Faizal berkata, seperti tahun-tahun sebelumnya dia akan menyambut Aidilfitri di rumah keluarga mentuanya di Johor.

faizal1 - 1

Faizal bersyukur dikurniakan keluarga mentua yang baik.

Kata Faizal, sejak kedua ibu bapanya iaitu pelakon Allahyarham Hussein Abu Hassan dan Mahyon Ismail meninggal dunia, giliran menyambut hari raya tidak pernah menjadi isu buat mereka suami isteri.

"Sejak mak ayah saya meninggal dunia, saya memang setiap tahun beraya di rumah mentua di Johor.

"Tapi sejak dulu lagi kami suami isteri memang tak pernah ada isu untuk tetapkan tahun ini balik rumah siapa, tahun depan balik rumah siapa," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain