suria

“Buang yang keruh, ambil yang jernih” - Zulin Aziz tampil sedondon bersama suami di pagi raya

Zulin beraya sedondon bersama suami.

SELEPAS mengesahkan kemelut rumah tangganya sudah kembali pulih, pelakon Zulin Aziz berkongsi gambar bersalaman dengan suami iaitu Farhan Norzaini bersempena Hari Raya Aidilfitri pada Sabtu.

Zulin atau Farah Azleenda Abdul Aziz, 34, memuat naik foto raya mereka bersama di Instagram miliknya yang memperlihatkan pasangan itu tampil sedondon mengenakan persalinan rona berwarna hitam.

zulin2 - 1

Zulin dan Farhan mengenakan busana sedondon raya rona hitam.

Aktres itu juga menerusi kapsyen turut mengucapkan terima kasih buat peminat yang mendoakan hubungan mereka.

"Buang yang keruh, ambil yang jernih. Terima kasih mendoakan. Selamat hari raya," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Zulin Aziz kembali berbaik dengan suami, putus asa hadapi kemelut punca berpisah

ARTIKEL BERKAITAN: Zulin Aziz beri bayangan sudah cerai selepas setahun kahwin

Pada Khamis, Zulin mengesahkan hubungannya bersama suami sudah kembali peluang.

Kata Zulin, apa yang berlaku adalah ujian buat mereka dan mahu memberi peluang kepada diri masing-masing dalam menjadi pasangan yang baik.

Zulin sebelum ini mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan dia dan suami sudah berpisah hanya selepas setahun mendirikan rumah tangga.

Pasangan ini berkahwin pada 20 Februari 2023 namun masih belum dikurniakan cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain