suria

Kembali pakai hijab, Nelydia Senrose bimbang iman tak kuat

Nelydia bimbang hati berbolak-balik dalam imej bertudung.

PELAKON Nelydia Senrose yang kembali memakai hijab memberitahu ada rasa bimbang jika imanya tidak kuat berdepan cabaran sehingga dia kembali kepada imej lama.

Nelydia atau Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 29, bagaimanapun berkata, sebagai langkah awal dia lebih bersikap selektif terhadap tawaran lakonan diberikan kepadanya dalam memastikan dia dapat menyesuaikan diri.

"Saya masih lagi aktif berlakon cuma dengan imej baru ini saya kena ambil masa untuk sesuaikan diri.

nelydia 444

Nelydia memilih tawaran kerja yang sesuai dengan imej baharunya.

"Saya kenal diri saya... kadang kala iman turun naik. Jadi saya tak mahu fikir bukan-bukan dan berharap kekal istiqamah dengan imej sekarang," katanya kepada mStar.

Berkongsi tentang Hari Raya Aidilfitri, Nelydia berkata, dia dan suami Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid tidak pulang ke kampung sebaliknya meraikan lebaran di Kuala Lumpur.

ARTIKEL BERKAITAN: Kejadian Kamal Adli dipukul buatkan Nelydia Senrose trauma... Keluarga bimbang jika keluar rumah tanpa teman

ARTIKEL BERKAITAN: Nelydia Senrose teliti tawaran elak watak sama, tak beri impak

Adik kepada pelakon Uqasha Senrose ini juga sentiasa bersedia sekiranya ada yang bertanya soal zuriat yang menjadi topik perbualan apabila bertemu sanak saudara di ruma terbuka.

Tidak berkecil hati dengan pertanyaan itu, Nelydia sebaliknya melihat soalan itu sebagai tanda prihatin dan doa agar mereka segera dikurniakan cahaya mata.

"Tiada isu pun kalau ada yang bertanya. Saya tahu yang bertanya itu sekadar mahu tahu sahaja. Itu juga tanda mereka ambil berat dan mendoakan kami.

Untuk rekod Nelydia mendirikan rumah tangga dengan Mohd Hafez, 39, pada 6 April 2019.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain