PENYANYI Ifa Raziah meluahkan rasa syukur apabila suaminya iaitu Mohd Yani Abdul Rahman sudah sedarkan diri selepas menjalani pembedahan jantung pada Selasa. Ifa atau Saripah Raziah Mustapha, 47, Mohd Yani yang mengalami masalah jantung tersumbat perlu menjalani pembedahan selepas kesihatannya terjejas akibat kurang mendapat rehat yang cukup sejak kebelakangan ini. "Suami saya baru sahaja sedarkan diri selepas jalani pembedahan tengah hari tadi. Ifa syukur suami sudah kembali sedar. "Dia dah lama dah ada masalah jantung, cuma kali ini teruk sikit mungkin sebab tak dapat rehat yang cukup disebabkan karnival Starvendor yang berlangsung selama 100 jam tempoh hari. "Dia baru dapat rehat pada hari raya terus jatuh sakit," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Ifa memberitahu dia sekeluarga beraya di hospital selepas suaminya dimasukkan ke pusat perubatan sejak Isnin lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Ifa Raziah sengaja ‘create’ drama, suka dikecam tanda popular... “Orang benci tapi nak tengok” ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ifa Raziah hadiah kereta mewah BMW sempena hari jadi ke-17 anak lelaki Tambah Ifa, dia juga kurang menerima kedatangan tetamu untuk melawat kerana mahu suaminya mendapat cukup rehat selain fokus kepada proses kesembuhan. "Kali ini nampaknya beraya dekat hospital dengan anak-anak sahaja, tetamu pun saya tak terima sangat sebab keadaan suami yang masih lemah. "Lagipun kes Covid-19 pun sedang meningkat jadi saya bimbang sikit untuk terima tetamu," ujarnya. Ifa dan suami beraya di hospital bersama anak-anak. Sebelum ini, Ifa berkongsi keadaan suaminya yang terbaring di katil hospital sebaik sahaja selesai pembedahan sekali gus mengharapkan doa peminat untuk kesembuhan yani. "Syukur Alhamdulillah dah keluar bilik bedah. Tapi masih belum sedarkan diri. Mohon doakan suami saya semoga cepat sembuh," kongsinya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!