PELAKON Datuk Aaron Aziz meluahkan rasa simpati terhadap peniaga yang menjadi mangsa penipuan sehingga terpaksa meraikan Aidilfitri dalam kesedihan selepas wang mereka disonglap individu tidak bertanggungjawab. Aaron atau Aaron Mustapha Aziz, 47, berkata, dia memahami perasaan dilalui mereka memandangkan dia sendiri pernah menjadi mangsa penipuan. Sehubungan itu, aktor kelahiran Singapura itu berharap golongan tersebut tidak lagi disenarai hitamkan daripada terlibat dalam apa jua bentuk perniagaan. Ramai bersetuju dengan pendapat Aaron. "Saya harap mahkamah akan blacklist sepenuh hidup orang-orang yang pernah ada rekod jenayah scam daripada membuat apa sahaja perniagaan. "Kesian orang-orang susah yang sudah kerugian dan tak dapat beraya dengan sempurna kerana duit semua kena songlap. Astaghfirullah," katanya. Aaron berkongsi perkara itu menerusi akuan Instagram miliknya pada petang Selasa. ARTIKEL BERKAITAN: “Tak payah masuk campur”... Aaron Aziz bagi amaran, minta Sharnaaz jangan sibuk konflik dengan Syamsul ARTIKEL BERKAITAN: Sudah tiga tahun tak pulang beraya di Singapura, Aaron Aziz sedih teringat Allahyarham ibu Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan pendapat aktor berkenaan malah berharap pihak berkuasa membuka mata tentang perkara ini. Bukan itu sahaja, ada juga yang mengaku pernah menjadi mangsa penipuan yang semakin berani memperdaya orang ramai. Aaron simpati nasib mangsa scammer yang dapat beraya. "Saya harap pihak kerajaan ada cara nak selesaikan masalah scammer ini. Makin teruk sejak akhir-akhir ini. "Kesian kawan-kawan yang kena scam, modal barang kadang sampai puluhan ribu tapi kena tipu. "Hukuman patut diperketatkan lagi, bukan penjara atau denda yang ringan lagi. Patut kena berat," antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!