suria

Penyanyi Daniesh Suffian rupanya atlet sukan gusti lengan, wakil negara di pertandingan dunia September depan

Daniesh aktif dalam sukan gusti lengan.

MUNGKIN ramai yang tidak tahu, selain mempunyai bakat nyanyian, penyanyi Daniesh Suffian juga aktif dalam bidang sukan gusti lengan.

Daniesh atau Nur Mohd Daniesh Mohd Suffian, 25, berkata, dia mula berjinak-jinak dalam sukan berkenaan sejak dibangku sekolah lagi.

Kata Daniesh, biarpun menerima lawan daripada pelajar senior yang lebih berusia, namun anak kelahiran Sabah ini tidak pernah tewas ketika beraksi di sekolah.

"Saya mula dengan sukan gusti lengan sejak di bangku sekolah lagi. Ramai kawan-kawan sekolah ajak berlawan dan kami buat perlawanan secara kecil-kecilan.

daniesh2 - 1

Daniesh Suffian popular meneerusi lagi Mahligai.

"Di sekolah saya memang tak pernah kalau walaupun waktu itu saya junior. Daripada situ saya rasa saya ada kekuatan asli dan cuba menyertai perlawanan di Kuala Lumpur," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Daniesh memberitahu ketika dia mula menyertai perlawanan yang lebih besar di Kuala Lumpur, penyanyi ini tidak memperoleh kemenangan kerana kekurangan ilmu tentang sukan tersebut.

Jelas Daniesh, dia tidak malu untuk bertanyakan tip latihan daripada peserta lain sehingga menjadikannya lebih mahir.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga tahun cuba nasib, Daniesh Suffian yakin rezeki akan tiba - "Saya pernah tertanya-tanya kenapa nama tak naik"

ARTIKEL BERKAITAN: Daniesh Suffian hilang keyakinan diri setiap kali ditegur terlalu kurus - "Sebulan PKP saya berazam nak naikkan berat badan"

"Masa itu pusingan pertama pun dah kalah teruk. Saya terkejut masa tu macam mana boleh kalah, walhal di sekolah saya tidak pernah kalah.

"Sukan ini juga mempunyai banyak teknik yang perlu dipelajari. Masa sekolah dulu saya memang buat ikut suka hanya gunakan kekuatan.

"Tapi, bila dah masuk perlawanan lebih besar baru saya tahu ada banyak lagi yang saya perlu pelajari," ujarnya.

Di sekolah saya memang tak pernah kalau walaupun waktu itu saya junior. Daripada situ saya rasa saya ada kekuatan asli.

DANIESH SUFFIAN

PENYANYI

Sementara itu, penyanyi lagu Mahligai ini menegaskan sukan gusti lengan bukanlah sesuatu yang mudah dan perlu mempelajari banyak teknik untuk menjadi yang terbaik.

Daniesh juga dikatakan bakal menjadi wakil negara di peringkat dunia pada September depan di Kuala Lumpur.

"Kalau orang luar mungkin fikir ia hanya memerlukan tarik tangan lawan, tetapi ia tidak semudah itu.

"Bila saya dah belajar, saya jadi bertambah baik dan baru-baru ni saya dapat pingat emas untuk wakil Kebangsaan.

daniesh3 - 1

Daniesh giat melakukan latihan fizikal.

"Seterusnya saya akan menyertai International Federation of Armwrestling (IFA) World Championship di Axiata Arena, Kuala Lumpur, insyaAllah pada bulan September nanti," tambahnya.

Mengulas lanjut tentang pembabitannya dalam dunia gusti lengan, Daniesh tidak terfikir untuk bertukar kerjaya daripada penyanyi menjadi atlet sepenuhnya kerana menganggap aktiviti itu hanya dilakukan sebagai hobi.

Menurut Daniesh, dia juga mahu menjadikan media sosial sebagai platform bagi mempromosikan sukan ini kepada masyarakat umum.

daniesh1 - 1

Daniesh mahu mempromosikan sukan gusti lengan.

"Sebenarnya saya tidak pernah terfikir untuk bertukar kerjaya tetapi hanya menganggap suka gusti lengan ini adalah sebagai hobi.

"Harapan saya agar sukan gusti lengan ini semakin dikenali kerana mungkin ramai yang tidak tahu sukan ini juga dipertandingkan ke peringkat lebih tinggi.

"Kalau boleh saya nak gunakan media sosial bukan hanya untuk kerjaya nyanyian tetapi bagi mempromosikan sukan ini juga," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain