PELAKON Amerul Affendi meluahkan rasa syukur apabila segelintir penerbit mula memandang bakat berbanding rupa. Amerul atau Mohd Amerul Affendi Mohd Mawardi, 37, berkata drama bersiri Projek: High Council berjaya mengetengah wajah 'biasa' dan ia bukti diterima ramai. "Semua orang ada kelebihan masing-masing, sekarang ini rupa paras sudah tidak menjadi isu. Muka biasa sahaja tapi mereka berbakat besar. "Penerbit betul-betul ambil orang yang sesuai dengan karakter masing-masing," katanya. Amerul syukur bakat mula diutamakan. Kata Amerul dia juga berharap agar perkara itu akan berterusan memandangkan ramai pengarah muda lebih melihat bakat berbanding rupa ketika ini "Saya harap perkara ini akan berterusan, kerana saya tahu ramai orang muda sudah mula duduk di kerusi pengarah mahupun penerbit," katanya. Dalam perkembangan lain, Amerul memberitahu bahawa dia sedang sibuk menguruskan ladang ternakan dan bidang tersebut lebih terjamin buatnya. ARTIKEL BERKAITAN: Amerul Affendi makin popular, mula bimbang followers IG naik mendadak - “Benarkah jika lantang bersuara job akan kurang?” ARTIKEL BERKAITAN: Hanya sempat buat 10 episod, watak Amerul Affendi dalam drama ‘Jangan Ganggu Jodohku’ digantikan dengan pelakon lain Kata Amerul, ternakan yang diusahakan mendapat pemintaan tinggi dan kini sedang fokus untuk jualan Hari Raya Aidiladha. "Masih lagi dapat permintaan tinggi kerbau saya target untuk raya haji, "Saya selesa lagi dekat situ sebab lebih terjamin, lagipun saya cuma sambung usaha ayah saya," katanya. Selain itu kata Amerul, dia juga sedang mengusahakan makanan untuk haiwan ternakan secara skala besar. Amerul selesa ceburi bidang ternakan haiwan seperti lembu, kerbau dan kambing. Jelasnya, usaha tersebut dilakukan bersama beberapa orang kampung untuk menambah pendapatan mereka. Dalam pada itu, Amerul juga memberitahu kolam ikan patin miliknya pula terpaksa dihentikan untuk sementara waktu kerana musim monsun yang berpanjangan. "Saya juga dalam proses menghasilkan makanan untuk lembu, kambing dan kerbau. "Kami buat napier grass (rumput kering) untuk haiwan ternak. Kami akan peram rumput itu sebelum jual kepada pengusaha ladang ternakan haiwan," kongsinya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!