PELAKON dan penyanyi Izzue Islam sudah lama tidak menerima tawaran menyanyi sejak negara dilanda pandemik Covid-19 pada 2020. Izzue atau Muhammad Izzul Islam Mazlan, 33, berkata, selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dua tahun lalu, dia tidak lagi menerima sebarang tawaran berkaitan dengan bidang nyanyian. "Lepas daripada PKP dua tahun lalu, rasanya saya tidak ada lagi menerima tawaran menyanyi. Mungkin juga ramai yang menganggap saya sekarang lebih banyak berlakon dan mengacara. Izzue belum menerima sebarang tawaran nyanyian selepas PKP. "Alhamdulillah, dapat jugalah saya bahagikan masa sebab dari mula PKP tahun 2020, memang tak ada persembahan menyanyi lebih kurang setahun," katanya kepada mStar. Izzue bagaimanapun memberitahu, selepas PKP dia mendapat peluang untuk menceburkan diri dalam bidang pengacaraan. ARTIKEL BERKAITAN: Izzue Islam kini bergelar pengacara, gementar kendali Muzik Muzik secara solo ARTIKEL BERKAITAN: Izzue Islam tak hilang tapi sibuk galas tugas pengacara, punca jarang keluar TV Kata Izzue, dirinya semakin jatuh cinta dengan bidang tersebut dan memberikan fokus yang lebih untuk mempelajari perkara baharu. "Bila dah boleh bekerja seperti biasa, saya pula memang sibuk dengan lakonan sahaja dan juga bidang pengacaraan. Mungkin juga ramai yang menganggap saya sekarang lebih banyak berlakon dan mengacara. IZZUE ISLAM PELAKON/PENYANYI "Pada waktu itu orang dah mula percaya untuk memberi tawaran sebagai hos dan saya banyak belajar sendiri jadi memang fokus lebih kepada bidang ini. "Jadi saya pun tak teringat fasal tawaran menyanyi dan tahun ini bila borak-borak dengan isteri dan tengok pada jadual kerja, baru saya perasan saya sudah lama tidak membuat job nyanyian," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!