ENGGAN memanjangkan lagi isu tuntutan hutang yang dibuat Hana Adnan, penyanyi dan pelakon Watie Sadali mengambil pendekatan untuk memaafkan bekas anggota kumpulan Elite tersebut. Bagaimanapun kata Watie atau Norwati Sadali, 47, dia tidak mungkin dia akan kembali rapat dengan Hana meskipun hubungan mereka sebelum ini baik ketika sama-sama menjadi anggota kumpulan Elite. “Pada awal kontroversi ini mula timbul, ada juga terdetik hati nak berjumpa dengan dia, namun sekarang bila semakin berlarutan rasanya lebih baik tak perlu. Watie kini mengikut perintah mahkamah menjelaskan tuntutan hutang kepada Hana secara bulanan. “Saya ampunkan segala apa yang telah dia buat pada saya, namun nak rapat seperti dahulu mungkin tidak. Saya pun sekarang lebih berhati-hati dalam memilih kawan rapat. "Lebih senang untuk luangkan masa bersama keluarga kalau ada masa lapang,” katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Isu tuntutan sudah selesai... Peguam jelaskan sebab Watie Sadali tak bayar hutang Hana Adnan ARTIKEL BERKAITAN: Watie Sadali janji tak lari lagi, setuju bayar RM2,000 sebulan kepada Hana Adnan... Hukuman penjara jika culas bayar hutang Tambah Watie dia juga lebih senang untuk berdiam dari terus memberi komen tentang kemelut antara mereka kerana percaya dirinya berada pada pihak yang benar. Dia juga kini mengikut perintah yang dikeluarkan mahkamah pada Disember tahun lalu untuk membuat bayaran sebanyak RM2,000 setiap bulan bagi melangsaikan tuntutan saman berjumlah RM796,000 kepada Hana. Bagi saya kalau tidak selesaikan hal ini hati jadi tak tenang. Bayaran dibuat menerusi peguam kami. WATIE SADALI PELAKON “Kita ikutkan sahaja kehendak dia di dunia ini. Bagi saya kalau tidak selesaikan hal ini hati jadi tak tenang. Bayaran dibuat menerusi peguam kami. “Selama ini saya berdiam tidak bermakna saya salah. Suami dan peguam juga nasihatkan agar tidak panjangkan lagi isu ini. “Saya juga tak mahu isu ini terus menjadi bualan ramai dan boleh menghantui hidup keluarga terutamanya anak saya,” jelasnya. Watie dan Joey lebih senang tidak terlalu bercakap soal hutang dengan Hana. Untuk rekod, pada 10 Mac 2015, Hana atau Norhanasafiza Mat Adnan, 44, menang saman terhadap Watie berhubung kegagalan pelakon itu menyelesaikan bayaran pinjaman bank yang menggunakan namanya untuk membeli kenderaan jenis Toyota Wish. Hana mendakwa dirinya membuat pinjaman bank kenderaan itu sekitar September 2005 bagi pihak Watie sebanyak RM150,000 kerana pelakon terbabit tidak layak membuat pinjaman. Namun, Watie gagal mematuhi syarat ditetapkan seperti membayar ansuran bulanan, cukai jalan, insurans dan perkara berkaitan sejak September 2010 sehingga menyebabkan Hana diisytiharkan muflis. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!