SEDANG diulit bahagia selepas mendirikan rumah tangga dengan Nabil Jeffri pada 22 Februari lalu, pelakon Raysha Rizrose bagaimanapun akui masih kekok memegang status sebagai seorang isteri. Kata Raysha atau Farza Nurquraisha Mohd Fariz, 27, biarpun dia dan suami sudah kenal sejak lebih 10 tahun lalu, namun kini banyak kelainan yang dilihat pada lelaki itu. “Sekarang ini apa sahaja nak buat kenalah fikirkan suami. Sepanjang bulan Ramadan lalu pun saya dah lalui pengalaman untuk sediakan makan sahur dan berbuka. Sibuk dengan kerja, Raysha belum sempat berbulan madu. “Rasa pelik juga apabila hidup berdua sebab sudah biasa uruskan diri sendiri sahaja. Namun saya dapat melihat sesuatu yang berbeza dalam diri Nabil. Dia seorang yang lebih matang dan bertanggungjawab,” katanya kepada mStar. Dalam masa sama, Raysha seronok menjalani fasa baharu dalam rumah tangga dan percaya bahawa setiap tanggungjawab isteri terhadap suami adalah satu ibadah. ARTIKEL BERKAITAN: Raysha Rizrose baru faham erti bahagia selepas kahwin, tak sabar nak dapat anak ARTIKEL BERKAITAN: [V] Raysha Rizrose kongsi momen dilamar suami, perkenalan di Twitter bawa sampai ke pelamin Pasangan ini juga belum merancang untuk pergi berbulan madu kerana masih sibuk dengan jadual kerja. “Betullah kata orang berkahwin awal itu memang seronok. Saya sangat menghargai fasa baru kehidupan sekarang ini. Setiap apa yang dilakukan isteri di rumah adalah satu ibadah. Saya sangat menghargai fasa baru kehidupan sekarang ini. Setiap apa yang dilakukan isteri di rumah adalah satu ibadah. RAYSHA RIZROSE PELAKON “Soal berbulan madu pula memang kami tidak rancang dalam masa terdekat. Kita pun masih dalam fasa awal 2023. "Jadi saya fokus kepada kerja dahulu. Mungkin hujung tahun barulah kami rancang,” ujarnya. Sementara itu, Raysha juga memberitahu suami sentiasa memberi nasihat supaya lebih berhati-hati apabila keluar rumah selepas kejadian yang menimpa abang iparnya iaitu pelakon Kamal Adli diserang oleh individu tidak dikenali di Singapura pada 12 Mac lalu. Raysha lebih menjaga privasi dan tidak banyak berkongsi di media sosial. Aktres ini juga enggan terlalu berkongsi soal peribadi di laman sosial kerana bimbang ada pihak lain berniat tidak baik terhadap dirinya. “Sebelum ini saya dah biasa ke mana-mana sendiri, tetapi sekarang suami nasihatkan perlu ada teman. Selepas apa yang berlaku membuatkan kami lebih takut. “Terlalu banyak kongsi di media sosial juga boleh mengundang bahaya. Jadi lebih baik jaga privasi sendiri,” jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!