suria

Jarang dapat bersenam, Nabila Huda disiplin berjalan 30,000 langkah sehari

Nabila Huda komited dalam memberikan komitmen terhadap kerja.

PELAKON dan hos Nabila Huda mendedahkan dia jarang melakukan aktiviti bersenam, namun kerjayanya sebagai artis banyak memberikan kelebihan dalam menjaga gaya hidup sihat.

Nabila atau Nabila Huda Suhaimi, 39, berkata, kebanyakan masa dihabiskan dengan berjalan kaki atau berdiri sepanjang menjalani penggambaran drama atau filem.

"Saya memang kurang bersenam tetapi gaya hidup saya bila bekerja, saya akan berjalan kaki, sentiasa berdiri tanpa duduk, rasanya lebih daripada orang yang normal.

abil1 - 1

Nabila bersama rakan sekerja sewaktu penggambaran drama.

"Contohnya kita bangun tidur pukul 6 pagi dan habis shooting hingga pukul 3 pagi. Jadi, sepanjang waktu itu kebanyakannya saya akan berjalan dan berdiri sepanjang masa," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Nabila berkongsi jika dia mempunyai kerja, aktres berkenaan mampu berjalan sehingga 30,000 langkah sehari.

ARTIKEL BERKAITAN: Pertemuan di Jakarta buka peluang Nabila Huda bawa D’Masiv ke KL, konsert pertama sempena ulang tahun ke-20

ARTIKEL BERKAITAN: [V] "Tak rasa ke maruah awak itu murah?" - Nabila Huda nasihat pelakon muda jangan masuk 'jerat' cinta lokasi

Bagaimanapun, pelakon filem Munafik itu mengakui faktor umur memainkan peranan apabila dia kini mudah berasa letih selepas seharian penat bekerja.

"Satu hari tu kurang-kurang boleh cecah hingga 30,000 langkah tetapi saya akan pastikan saya sentiasa bergerak dan bukan duduk diam saja.

Saya memang kurang bersenam tetapi gaya hidup saya bila bekerja, saya akan berjalan kaki, sentiasa berdiri tanpa duduk, rasanya lebih daripada orang yang normal.

NABILA HUDA

PELAKON

"Dulu masa muda umur 20-an masih mampu untuk lalu, tapi dah nak masuk angka 40 tahun, penat tu rasa berbeza.

"Balik kerja pukul 10 malam saya dah penat, mula jadi grumpy. Tapi tak mengapalah, saya dah memilih bidang ini sebagai kerjaya dan saya sayang dengan kerja saya," ujarnya.

Bercerita soal kerjayanya kini, Nabila memberitahu dia sekarang berada di New York, Amerika Syarikat kerana menjalani penggambaran sebuah program masakan.

abil2 - 1

Nabila kini berada di New York untuk program masakan.

"Saya bergerak ke New York pada 25 April lalu dan saya berada di sini lebih kurang dua bulan hingga Jun depan.

"Saya akan menjalani penggambaran 26 episod untuk program memasak. Content program itu adalah 'Masak sana sini New York' dan kami akan masak untuk pelajar di sana.

"Istimewanya setiap episod akan ada tetamu undangan iaitu rakyat Malaysia yang belajar atau berhijrah di New York.," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain