suria

“Saya terus cuba bertahan dan melaluinya” - Haqiem Rusli luah kesedihan, peminat minta henti guna media sosial

Haqiem seperti sedang meluahkan kesedihan.

PEMINAT meluahkan rasa bimbang terhadap Haqiem Rusli apabila penyanyi itu dilhat memuat naik hantaran di TikTok miliknya yang menggambarkan dia sedang menanggung kesedihan yang mendalam.

Haqiem atau Ridzuan Haqiem Rusli, 26, memuat naik bait lirik lagu ciptaannya berjudul Aku Hati dan Perasaan berserta kapsyen menggunakan emoji sedih.

"Aku punya hati dan perasaan. Jangan pernah kau sakitkan. Aku tidak mahu nangis lagi," antara lirik lagu tersebut.

Tindakan Haqiem itu dipercayai ada kena mengena dengan kecaman orang ramai yang menyelar dia disebabkan tindakan isterinya iaitu Anis Sofea menanggalkan tudung baru-baru ini.

WhatsApp Image 2023-04-28 at 11.31.57 AM

Ramai peminat risau melihat keadaan Haqiem.

Sebagai suami, Haqiem teruk dikecam netizen yang menyifatkan dia tidak bertegas dan gagal mendidik isterinya menjadi seorang muslimah lebih baik.

Dalam pada itu, peminat setia penyanyi tersebut meminta agar Haqiem bersabar dan terus kuat dengan dugaan sedang dihadapinya ketika ini.

Malah ramai meminta Haqiem berhenti menggunakan media sosial buat seketika bagi meredakan keadaan yang sedang hangat.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Haqiem Rusli tampil berselendang, padam semua gambar bertudung di Instagram

ARTIKEL BERKAITAN: Muat naik gambar bersama, rumah tangga Haqiem Rosli dan isteri tiada masalah

"Berdoa banyak-banyak. Semoga semuanya baik-baik sahaja untuk awak berdua. Slow talk dengan Sofea. Jangan muat naik apa-apa di media sosial.

"Jika perlu rehat, berehatlah. Kami semua faham dengan masalah awak. Jika perlukan sokongan, kami sentiasa ada bersama. Jangan risau awak tak keseorangan," komen peminatnya.

Sementara itu, menerusi hantaran berbeza di Instastory miliknya, Haqiem berkata, dia sudah sedaya upaya cuba untuk mengharungi setiap dugaan yang hadir dalam hidupnya.

aniss1 - 1

Tindakan Anis Sofea membuka tudung dapat kecaman netizen.

"Setiap orang akan melalui dugaan dalam hidup, saya sentiasa menerimanya dan berharap anda semua tahu betapa saya terus cuba bertahan dan melaluinya," jelasnya.

Pada 22 April lalu, Anis memuat naik fotonya yang tidak lagi berhijab dan hanya mengenakan selendang ketika menyambut 1 Syawal.

Tidak hanya itu, Anis turut memadam semua foto di Instagram termasuk bersama Haqiem dan hanya meninggalkan beberapa gambar tanpa berhijab.

haqiem1 - 1

Perkongsian yang dibuat oleh Haqiem di media sosial.

Ramai membuat spekulasi rumah tangga pasangan itu berantakan namun Anis menyangkal perkara itu dengan memuat naik gambar bersama Haqiem.

Haqiem yang diminta mengulas tindakan isterinya membuka tudung dan situasi rumah tangganya bagaimanapun enggan mengulas perkara itu dan mengambil sikap berdiam diri.

Untuk rekod, Haqiem dan Anis mendirikan rumah tangga pada 19 November 2021 di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya dan mereka belum dikurniakan cahaya mata

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain