suria

Namie tersentak anak tiri anggapnya bapa kandung, ikhlas curah kasih sayang pegang amanah Allah

Namie berkesempatan membawa anak tiri menziarahi pusara bekas suami kepada isterinya.

PELAWAK dan penyampai radio Namie tersentak apabila anak tirinya menyangka dia adalah bapa kandungnya meskipun sudah menganggap kanak-kanak itu sebagai darah dagingnya.

Namie atau Najmi Shaharudin, 27, berkata, sebagai bapa tiri dia terharu dengan perkara itu namun tidak pernah sesekali cuba meluputkan ingatan anak tirinya terhadap bapa kandungnya.

Disebabkan itu kata Najmi, dia membawa Iris Alisha menziarahi kubur bapa kandungnya yang sudah meninggal dunia tiga tahun lalu.

namie 3

Namie sudah menjaga Iris sebelum berkahwin dengan isterinya.

"Kejadian Iris bercakap seorang diri ketika bermain, apabila dia sebut 'Hai nama saya Iris Alisha Binti Najmi'... ketika itu juga saya tersentak sebab saya pun hampir terlupa yang dia tidak berbintikan saya.

"Jadi eloklah saya ingatkan Iris semula tentang arwah bapanya dengan menziarahi pusaranya," katanya.

Menjelaskan status sebenar isterinya, Izzatul Akma sebelum mereka berkahwin, Namie menjelaskan dia mengenali wanita itu sekitar tahun 2018 dan berstatus janda anak satu.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Bukan lagi seorang cikgu! Namie akhirnya mengaku sudah tinggalkan kerjaya guru, tolak tepi tohmahan ‘tak sayang pencen’

ARTIKEL BERKAITAN: Tahun pertama raya sebagai selebriti... Namie ‘awkward’ ramai tegur, terlupa dah jadi artis

Bekas suami Izzatul pula meninggal dunia setahun sebelum mereka mendirikan rumah tangga iaitu pada Mei 2021.

Dalam pada itu, Namie menjelaskan kanak-kanak itu menyangka dia adalah bapa kandung mungkin disebabkan penceraian yang berlaku di antara isteri dan bekas suaminya selain kematian lelaki itu ketika usianya masih kecil.

Bagaimanapun jelasnya, dia tidak pernah menganggap Iris sebagai 'orang asing' sebaliknya ikhlas mengambil tanggungjawab menjaganya sejak kecil.

Tetapi keputusan Allah itu penuh dengan hikmah. Lagi bertambahlah rasa tanggungjawab dalam diri saya ini untuk terus menjaganya

NAMIE

PELAWAK/PENYAMPAI RADIO

"Bapa kandung Iris meninggal dunia setahun sebelum kami berkahwin. Lagilah saya tersentak memikirkan nasib anak kecil ini.

"Sebelum itu, Iris kurang mendapatkan kasih sayang dari seorang bapa akibat perpisahan. Selepas itu pula langsung tidak akan dapat kasih sayang disebabkan kematian.

"Tetapi keputusan Allah itu penuh dengan hikmah. Lagi bertambahlah rasa tanggungjawab dalam diri saya ini untuk terus menjaganya," jelasnya.

namie 1

Namie dan Izzatul berkahwin pada Mei 2021.

Sementara itu, Namie menganggap berkahwin dengan wanita dengan status janda telah membuka pintu rezeki yang lebih luas buatnya.

"Kalau nak rezeki datang melimpah ruah, nikahilah janda dan berbaktilah pada anak yatim," jelasnya.

Untuk rekod, hasil perkahwinan Namie dan Izzatul, mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Ivy Alisa.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain