suria

Jalan atas paku dan minum susu kuda ujian ketika meminang, Fadlan Hazim kini tunang wanita Kazakhstan

Fadlan Hazim pilih wanita Kazakhstan sebagai suri hati.

PELAKON Fadlan Hazim memaklumkan dia sudah mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihannya, Aiya Mukhamedsalova, 29, yang merupakan seorang warganegara Kazakhstan.

Kata Fadlan atau Fadlan Hazim Anuwar, 31, majlis tersebut berlangsung pada 1 Oktober tahun lalu di rumah tunangnya di sana.

“Saya ke sana bulan Oktober tahun lalu dan berjumpa keluarga dia. Pertunangan dilakukan di hadapan keluarga dia dan di pihak saya hanya saya seorang sahaja.

Snapinsta.app_339164658_588337793245143_3217615290125397785_n_1080

Fadlan dan Aiya bertunang pada 1 Oktober 2022.

“Bukanlah bermaksud nak sorokkan pertunangan, cuma saya tidak mahu terlalu berkongsi. Takut tak jadi nanti saya yang kena jawab,” katanya kepada mStar.

Fadlan ditemui ketika majlis pelancaran pembukaan cawangan baharu gimnasium Elitez MMA di Shah Alam pada Sabtu.

Pertama kali bertemu keluarga wanita tersebut, kata Fadlan dia juga sempat mengenali budaya masyarakat sana yang mana lelaki perlu melalui beberapa ujian bagi menguji ‘kelelakian’ serta kesungguhan untuk berumah tangga.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Noki, Fadlan Hazim pula ditegur ‘belanja’ badan dalam drama... Pengarah Shuhaimi Lua tahu batas LPF!

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa meninggal dunia, Fadlan Hazim buka cerita lama - “Sentiasa nak ayah bangga... walaupun tak hargai saya sebagai anak”

“Saya pun tak tahu kena lalu ujian tersebut. Tunang pun tidak beritahu akan hal itu. Cuba dia minta lakukan sahaja apa yang disuruh.

“Antara yang perlu saya lakukan adalah berjalan atas paku, menunggang kuda dan minum susu kuda.

“Saya juga dibawa mendaki gunung dalam keadaan suhu yang amat sejuk. Bayangkan saya perlu mendaki gunung tanpa memakai baju tebal,” ceritanya.

Snapinsta.app_330035609_213229811228523_8208051092405700764_n_1080

Fadlan dan Aiya dijangka disatukan hujung tahun ini.

Di sebalik semua cabaran itu, Fadlan juga bersyukur kerana dapat mengenali budaya asing yang baka menjadi sebahagian hidupnya.

Bercakap tentang perancangan mendirikan rumah tangga, aktor ini belum menetapkan sebarang tarikh namun majlis dijangka akan diadakan hujung tahun ini.

“Belum ada tarikh yang pasti lagi. Sekarang ini tengah menguruskan dokumen sebab berkahwin dengan orang luar negara.

“Bagi saya dah sampai masa untuk berkahwin. Semua kawan-kawan sudah beristeri dan usia saya pun semakin meningkat,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain