suria

Sampai ke London cari pil bantu hamil, peminat doa Nabila Huda dan suami diberi rezeki zuriat

Nabila Huda berkongsi membeli vitamin bagi membantu pasangan suami isteri yang cuba mendapatkan zuriat.

PERKONGSIAN pelakon Nabila Huda yang membeli vitamin bagi membantu pasangan suami isteri yang cuba mendapatkan zuriat meraih perhatian ramai.

Apa membuatkan ramai kagum, Nabila atau Nabila Huda Suhaimi, 39, sanggup mencari pil berkenaan ketika berada di London memandangkan ia adalah produk kehamilan nombor satu di United Kingdom.

Ada dalam kalangan pengikutnya di Twitter turut memberitahu pernah mengambil pil sama dan memberikan testimoni keberkesanan pil berkenaan bagi mereka yang sedang berusaha mendapatkan zuriat.

Malah ramai turut mendoakan agar usaha Nabila dan suami Mohd Izwan Johar, 40, mendapat cahaya mata membuahkan hasil asbab mengamalkan pil tersebut.

Snapinsta.app_343634550_3411891112367910_6343791312754678563_n_1080

Nabila masih belum berputus asa cuba mendapatkan zuriat.

"Saya pun amalkan vitamin ini, Alhamdulillah mengandung kali pertama selepas lima tahun berkahwin. Semoga berjaya Abil (panggilan buat Nabila).

"Semoga Keisha dapat adik selepas ini. Pil ini memang menjadi.

"Tak salah kita berusaha, semoga membuahkan hasil buat Abil dan suami," antara komen netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Jarang dapat bersenam, Nabila Huda disiplin berjalan 30,000 langkah sehari

ARTIKEL BERKAITAN: Pertemuan di Jakarta buka peluang Nabila Huda bawa D’Masiv ke KL, konsert pertama sempena ulang tahun ke-20

Tidak hanya itu, ada dalam kalangan pengikutnya turut berkongsi pautan produk tersebut yang boleh dibeli secara dalam talian memandangkan ia tidak dijual di pasaran Malaysia.

Sementara itu, Nabila secara berseloroh memberitahu dia adalah antara wanita satu dalam sejuta apabila lebih memilih membeli vitamin berbanding barangan mewah ketika berada di London.

"Orang pergi London beli baju la, beg tangan berjenama la, itu ini... Saya beli ini! Saya satu dalam sejuta okay," katanya.

Nabila singgah ke London sebelum terbang ke New York, Amerika Syarikat bagi menjalani sebuah program masakan di sana.

Snapinsta.app_330035609_213229811228523_8208051092405700764_n_1080

Nabila bersama suami dan anak perempuannya, Keisha Laila.

Pelakon itu bakal berada di New York selama dua bulan sehingga Jun depan bagi merakamkan 26 episod program tersebut.

Untuk rekod, Nabila dan Mohd Izwan berkahwin pada 25 Disember 2015.

Nabila sebelum itu pernah mendirikan rumah tangga dengan Zaidy Zailan pada 2008 namun bercerai tiga tahun kemudian.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Keisha Laila yang kini berusia 13 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain