SEJAK Sabtu lalu, nama Datuk Hattan menjadi bualan hangat netizen gara-gara tindakannya yang dikatakan kurang beradab semasa ditemu bual secara langsung di Buletin Awani pada pagi Jumaat lalu. Tindakan Hattan menempelak penyampai berita iaitu Nur Syazwani Saiful Sham yang bertanya mengenai penulisan lagu dan lirik kumpulan XPDC mengundang rasa kurang senang orang ramai. Malah dia kemudiannya bertanya sama ada Syazwani mengetahui sejarah tentang individu di sebalik yang menghasilkan lirik lagu-lagu kumpulan rock terkenal itu sekali gus menganggap penyampai berita itu tidak melakukan persediaan dan kajian sebelum menemu bualnya. Zahid selamatkan air muka Nadia semasa ditemubual. Susulan insiden berkenaan, seorang wartawan daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) iaitu Nadia Zaman turut berkongsi pengalamannya menemubual Timbalan Perdana Menteri (TPM) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semasa menghadiri rumah terbuka baru-baru ini. Bersyukur tidak dimalukan secara langsung, Nadia memuji tindakan TPM yang memperbetulkan kesilapan yang hampir dilakukan olehnya semasa itu. "Saya disailang oleh Datuk Seri Zahid Hamidi dan dia sebenarnya telah menyelamatkan air muka saya. ARTIKEL BERKAITAN: “Not Interested” - Ini jawapan Hattan selepas diselar netizen perlekeh penyampai berita semasa live ARTIKEL BERKAITAN: Hattan terus digesa mohon maaf... Gabungan kelab media kesal sikap tidak profesional artis senior “Saya tiba-tiba blank sebab dalam otak ingat Bagan Lalang sebelum itu cepat-cepat beliau betulkan Bagan Datuk (kawasan parlimen TPM),” katanya. Nadia berkongsi perkara itu menerusi akaun Twitter miliknya pada Isnin. Dalam perkongsiannya itu, dia turut memuat naik video temubualnya bersama ahli parlimen Bagan Datuk itu. Nadia gemuruh semasa sampaikan berita secara langsung di kaca televisyen. Dalam pada itu, Nadia berpendapat Hattan perlu mempelajari perkara itu daripada Zahid yang mana lebih beradab dalam membetulkan sesuatu perkara yang salah. "Hattan sepatutnya belajar daripada pakar. Bukan tak buat kerja rumah tau tapi blank sebab gemuruh," tulisnya. Sehubungan dengan itu, rata-rata netizen memuji tindakan Zahid yang nampak lebih beradab semasa ditemu bual semasa siaran langsung. "Terbaik Zahid Hamidi, tak macam Hattan. "Perangai macam ini kita mahukan, sangat profesional," antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!