suria

Susah nak percaya orang, Siti Khadijah lebih selesa bergerak sendiri tanpa pengurus

Siti mempunyai masalah sukar untuk mempercayai orang lain.

PELAKON Siti Khadijah mengakui dirinya lebih selesa menguruskan kerjaya sendiri tanpa pihak pengurusan disebabkan oleh isu kepercayaan.

Siti atau Siti Khadijah Halim, 26, berkata, dia tidak menafikan memiliki pengurus mungkin dapat membantu menaikkan namanya lebih cepat dalam industri, namun aktres itu tetap dengan pendirian bergerak sendiri.

Kata Siti, dia mempunyai masalah untuk mempercayai individu lain kerana menganggap lebih mudah mencari sendiri tawaran pekerjaan.

siti2 - 1

Siti selesa menguruskan sendiri kerjaya seninya.

"Kalau ada pengurus mungkin peluang saya untuk naik lebih cepat sebab ada saja tawaran menarik dari jenama besar, tapi mungkin tak ada orang nak jual saya kot.

"Trust issue tu sebab saya rasa kalau saya uruskan sendiri pun saya boleh pergi, apatah lagi berdua.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Khadijah komen isu seimbang hidup dan kerjaya, pandangan Janna Nick 'harsh truth' - "Nak tak nak kena hadap"

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Khadijah mahu pelihara nama baik, pakaian tak terlalu terbuka walaupun belum bertudung

"Cuma saya takut banyak isu berkaitan penipuan, duit. Saya takut sebab kita bekerja keras. Dah lama saya menabung sudah tentu saya susah untuk percaya pada orang," katanya kepada mStar.

Menurut pelakon drama Sekali Lagi Cinta Kembali itu, sepanjang enam tahun bergiat dalam industri hiburan, hanya dua tahun dia dibawah pengurusan penerbit Datuk A. Aida dan selebihnya aktres berkenaan lebih selesa bergerak sendiri.

Cuma saya takut banyak isu berkaitan penipuan, duit. Dah lama saya menabung sudah tentu saya susah untuk percaya pada orang.

SITI KHADIJAH

PELAKON

Tambahnya lagi, sukar untuk mencari individu yang boleh diberi kepercayaan penuh, melainkan daripada rakan-rakan yang pernah bekerjasama dengannya.

"Tambah tolak saya dalam industri ini lebih kurang enam tahun. Dua tahun saya dibawah pengurusan penerbit Datuk A. Aida, dan selepas itu memang saya bergerak sendiri.

siti1 - 1

Siti bimbang dengan isu penipuan yang sering berlaku.

"Nak jadi pengurus atau pembantu peribadi (PA) saya, dalam kalangan kawan-kawan pun saya susah untuk memilih.

"Saya cuma ada PA, iaitu kawan-kawan yang saya pernah bekerjasama sebelum ini. Tengah mencari jugalah," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain