suria

Hafeez Mikail sah bergelar suami Noor Azira dengan sekali lafaz

Hafeez kini bergelar seorang suami.

PELAKON Hafeez Mikail sah bergelar suami Noor Azira Azman dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan yang berlansung di Changkat Telang, Hulu Langat pada Sabtu.

Sejurus selepas melafazkan akad nikah, Hafiz atau Muhd Hafiz Muhd Zaki, 31, dilihat sebak menangis sambil bersalaman dengan bapanyq yang berada disisinya.

Pada majlis tersebut, Azira, 27, menerima mas kahwin sebanyak RM300 daripada pengantin lelaki.

hafeez1 - 1

Hafeez dan Azira bertunang akhir tahun lalu.

Kedua-dua mempelai dilihat menggayakan busana pengantin yang berkonsepkan Jawa.

Pada 24 Disember tahun lalu, Hafeez dan Azira mengikat tali pertunangan selepas berkenalan selama setahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Hafeez Mikail kini tunangan orang, minta bakal isteri bersedia 'cabaran' kahwin artis

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Aiman Tino sah bergelar suami Che Syarah Haifa dengan sekali lafaz

Kata Hafeez, dia tertarik dengan isterinya kerana Azira seorang yang sangat memahami dan sentiasa memberi sokongan terhadap kerjaya seninya.

Malah, pelakon drama Hatimu Sedingin Salju itu juga sudah memberi peringatan awal kepada Azira untuk bersedia dengan komen-komen netizen serta perhatian yang bakal diterima apabila bergelar isteri kepada seorang artis.

"Dia sangat memahami kerjaya saya dan tidak pernah menyusahkan. Malah keluarga juga dapat menerima saya dengan baik.

"Saya sudah pesan kepada dia supaya bersedia dari segi mental kerana selepas ini pasti akan terdedah dengan netizen.

"Ada sahaja yang tidak kena nanti akan mendapat kritikan. Ia juga mungkin melibatkan keluarga saya dan dia," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain